Berita Harian

Beri ruang ‘abang besar’

-

yang diraihnya.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, BAM menghormat­i privasi Chong Wei dan memberikan dia ruang bagi menentukan apa yang terbaik untuk memastikan dia kembali pulih sepenuhnya.

Dapatkan rawatan pakar

“Ke mana saja yang dia mahu pergi bagi menjalani rawatan, BAM akan memberi sokongan sepenuhnya. Jika ada sebarang perkembang­an terbaru mengenai Chong Wei dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi, saya akan kongsikan.

“Buat masa sekarang, biarkan Chong Wei fokus kepada rawatannya,” kata Norza ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Meja Sukan NSTP melaporkan Chong Wei yang juga pemain nombor dua dunia dikatakan mengalami masalah kesihatan serius dan berkemungk­inan besar terpaksa menamatkan kerjayanya sebagai pemain badminton bagi menjalani rawatan pemulihan.

Pemain berusia 36 tahun itu difahamkan ketika ini berada di Taiwan bagi mendapatka­n nasihat pakar perubatan dan menjalani rawatan di negara berkenaan berhubung masalah kesihatan.

Masalah dialami Chong Wei mula menjadi tumpuan selepas BAM mengesahka­n pemain berkenaan menarik diri daripada beraksi pada Kejohanan Dunia di Nanjing, China yang bermula Isnin ini dan Sukan Asia di Jakarta pada 18 Ogos hingga 2 September ini.

Menerusi kenyataan dikeluarka­n badan induk itu pada Selasa lalu, Chong Wei atau lebih esra dipanggil ‘abang besar’ dikalangan rakan sepasukan, disahkan mengalami masalah pernafasan.

Dia perlu berehat selama sebulan bagi menjalani rawatan dan tidak boleh terbabit dengan sebarang aktiviti fizikal.

Norza turut meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesihatan Chong Wei agar pemain berkenaan segera pulih daripada masalah kesihatan. Presiden BAM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia