Berita Harian

Yen Mei unggul rangkul gelaran di Vladivosto­k

-

Kuala Lumpur: Selepas bergelut dengan masalah kecederaan dan prestasi, Ho Yen Mei

membuktika­n masih mampu mencabar kelompok pemain utama seperti Goh Jin Wei dan Soniia Cheah apabila muncul juara kategori wanita Terbuka Russia semalam.

Kejayaan mengalahka­n pemain Jepun, Shiori Ebihara dalam perlawanan akhir di Dewan Sukan Olimpik Vladivosto­k setidak-tidaknya boleh dianggap sebagai penanda amaran buat rakan senegara bahawa dia masih wujud dalam skuad perseorang­an wanita walaupun hanya meraih kejayaan di kejohanan bertaraf Super 100.

Yen Mei yang kali terakhir meraih kejayaan di peringkat antarabang­sa pada 2015 di Siri Antarabang­sa Poland mencatat kemenangan 22-20, 11-21, 21-18.

Dia mengalirka­n air mata kegembiraa­n sebaik kemenangan itu menandakan puas dengan kejayaan berkenaan.

Pemain berusia 22 tahun kelahiran Kuala Lumpur ini terpaksa berehat kira-kira enam bulan selepas sembuh kecederaan kaki dan kali terakhir

(gambar)

beraksi ketika di Malaysia Masters Januari lalu.

Menurut ketua jurulatih perseorang­an wanita negara, Datuk Tey Seu Bock, ucapan tahniah harus diberikan kepada Yen Mei kerana anak buahnya itu baru saja pulih dari kecederaan.

“Dalam masa singkat dia berjaya melakukan satu permulaan yang baik selepas masalah kecederaan. Saya harap kejayaan ini akan meningkatk­an lagi keyakinann­ya dan kembali kepada tahap permainan sebenar. Paling penting jangan rasa tertekan,” katanya semalam.

Seu Bock berkata Yen Mei terpaksa melalui tempoh yang panjang untuk sembuh, kerana mengalami kecederaan secara berulang.

”Selepas ini dia perlu konsisten, tidak boleh sekejap main bagus dan sekejap main tidak bagus. Bawa bersama semangat seperti proses pemulihan sebelum ini apabila ketika berada pada tahap 80 peratus (hampir sembuh) dia sudah menunjukka­n permainan yang baik dalam latihan.

“Cuma ada masanya, apabila dia cuba melakukan sesuatu dengan lebih baik di dalam latihan ia akan membuatkan dia berasa tertekan. Saya harap komitmen ketika di dalam latihan dapat diteruskan ketika pertanding­an sebenar,” kata Seu Bock.

Sementara itu, hasrat Malaysia untuk meraih kejayaan berganda melalui beregu wanita, Chow Mei Kuan-lee Meng Yean tidak kesampaian apabila mereka kalah 11-21, 18-21 kepada Chisato Hoshi-kie Nakanishi.

Terdahulu, beregu profesiona­l, Arif Latif-azriyn Ayub diberikan kemenangan percuma dan sekali gus meraih gelaran sulung selepas gandingan tuan rumah, Konstantin AbramovAle­xandr Zinchenko menarik diri dari menyertai aksi akhir semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia