Berita Harian

Elavarasan gembira prestasi Melaka

-

Seremban: Pengendali Melaka United (MU), E Elavarasan akui gembira dengan prestasi skuad bimbingann­ya apabila menamatkan saingan Liga Super musim ini dengan nota kemenangan.

Skuad bimbingann­ya itu menewaskan Negeri Sembilan (NS), 3-1 dalam saingan?di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kelmarin.

Baginya, kemenangan itu bukan sekadar memastikan skuad Hang Tuah?meraih tiga mata, malah memberi motivasi tinggi kepada pemain dalam persiapan menghadapi Piala Malaysia.

“Saya sangat berpuas hati dengan persembaha­n malam ini (malam tadi) kerana pemain berjaya menunjukka­n komitmen tinggi dalam permainan dan mencipta banyak peluang jaringan.

“Saya rasa kekurangan NS yang tidak dapat menurunkan barisan terbaik malam ini sedikit sebanyak membantu kami melaksanak­an tugas dengan berkesan,” katanya selepas perlawanan malam tadi.

Selepas menamatkan semua perlawanan, MU mengumpul 31 mata untuk menduduki tangga ketujuh carta liga manakala NS menghuni tangga kedua tercorot dengan 15 mata.

Sementara itu, Pengurus NS, Datuk Mohamad Najib Abdullah mengakui kecewa dengan kekalahan terbaru pasukan itu.

“Kekalahan malam ini bukan saja menjejaska­n reputasi pasukan malah menyukarka­n hasrat kita untuk mendapatka­n laluan mudah bagi kelayakan dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

“Kini, kami terpaksa bergantung kepada keputusan perlawanan antara Kelantan dengan Pahang,” katanya selepas perlawanan.

Tempat ketujuh

Mohamad Najib yang baru dilantik sebagai pengurus berkata, pencapaian skuad Hobin Jang Hobin dalam saingan musim ini tidak memuaskan dan ia memberi banyak pengajaran kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) dalam pembentuka­n pasukan baharu bagi musim depan.

Mengulas lanjut, Elavarasan berkata, pihaknya puas hati dengan pencapaian pasukan berkenaan selepas musim kedua dalam Liga Super dan kedudukan itu bukan sahaja dapat menepis tanggapan sesetengah pihak tetapi membuktika­n MU mampu memberikan saingan yang baik dalam liga utama itu.

“Menduduki tempat ketujuh carta adalah suatu pencapaian yang baik dan membanggak­an kerana saingan liga sudah semakin kompetetif. Walaupun saya mengambila­lih tugas pada pertengaha­n musim, namun saya tetap puas hati dengan pencapaian pasukan ini,” katanya.

Beliau berkata, fokus MU kini adalah menghadapi saingan Piala Malaysia dan beliau berharap pemain pasukan itu terus kekal memberikan persembaha­n terbaik bagi memastikan pasukan mampu melangkah lebih jauh dalam perebutan piala berprestij itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia