Berita Harian

JDT kini fokus Piala Malaysia

Longhi yakin Harimau Selatan tak terjejas tanpa lima tonggak

- Oleh Rizar Mohd Noor

Selepas merealisas­ikan impian menjuarai Liga Super buat kali kelima berturut-turut musim ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini menyasarka­n untuk mempertaha­nkan kejuaraan Piala Malaysia.

Namun pengendali JDT, Raul Longhi terpaksa melupakan khidmat beberapa pemain yang menyertai kem latihan skuad bawah 23 tahun (B-23) untuk persiapan Sukan Asia Jakartapal­embang, bulan depan.

Apa pun pengendali kelahiran Argentina itu tidak gusar melepaskan Syamer Kutty Abba, Safawi Rasid, Adam Nor Azlin, Syafiq Ahmad dan Aidil Zafuan Abd Radzak.

Mereka dijangka tidak akan bersama JDT mengharung­i kempen piala berprestij itu untuk sekurang-kurang tiga perlawanan.

“Mereka adalah antara pemain terbaik dan akan mewakili negara. Kenapa saya perlu risau Kami ada cukup pemain menggantik­an mereka.

“Persiapan menghadapi Piala Malaysia tidak terjejas walaupun tanpa mereka pada tiga perlawanan awal. Saya ada Nazmi Faiz (Mansor), Safiq (Rahim), Kiko (Insa) dan Natxo (Insa) selain beberapa pemain lain.

Kekal fokus

“Kami tidak mahu menyatakan ia saingan mudah, sebaliknya mahu kekal fokus untuk menentang setiap pasukan dalam kumpulan kerana menganggap semua pasukan cukup hebat,” katanya.

Mengulas persembaha­n skuad Harimau Selatan sepanjang kempen liga elit domestik sehingga merangkul kejuaraan liga lima musim berturut-turut, Longhi menyifatka­n mentaliti kemenangan yang ada dalam kalangan pemain amat penting untuk melakar kejayaan itu.

Sementara itu, pengendali KL, Fabio Maciel tidak menolak kekalahan 0-2 kepada JDT pada aksi terakhir Liga Super itu, berpunca daripada ketiadaan dua tonggak utama.

Maciel berkata, Indra Putra Mahayuddin terpaksa diketepika­n kerana digantung satu perlawanan manakala Guilherme de Paula cedera dan perlu direhatkan bagi persediaan menghadapi Piala Malaysia.

“Walaupun tewas kami melaksanak­an tugas dengan baik. Kami sedar betapa sukar untuk menandingi JDT, kami beri tekanan dalam aksi itu yang menyebabka­n mereka tampak hilang rentak dan berjaya menghalang gerakan berbahaya bagi mengelak gawang dibolosi,” katanya.

 ?? [ FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT / BH ] ??
[ FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia