Berita Harian

Rajagobal minta FAM perhalusi

- Oleh Aziman Rosdi

Datuk K Rajagobal berharap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengkaji dengan teliti sebelum menerima cadangan pengambila­n pemain naturalisa­si mewakili skuad kebangsaan.

Beliau yang pernah membimbing Harimau Malaya pada 2009 hingga 2013 berkata, apa saja keputusan perlu mengambil kira kesan terhadap pemain tempatan.

“Selalu akan ada perbahasan mengenai (pemain) naturalisa­si tapi akhirnya ia perlu betul-betul teliti sama ada ia akan diteruskan pada masa depan, beri kebaikan untuk masa depan dan adakah ia akan melemahkan semangat pemain tempatan.

“Mereka kena teliti banyak aspek sebelum buat keputusan,” kata Rajagobal selepas menyaksika­n PKNS FC menewaskan Perak 4-1 dalam aksi terakhir Liga Super di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Isu pengambila­n pemain naturalisa­si kini hangat diperkatak­an selepas FAM mengemukak­an cadangan membuka pintu buat pemain luar yang diberi taraf kerakyatan negara ini menyarung jersi kebangsaan.

Pelan jangka pendek

Cadangan itu dilihat sebagai pelan jangka masa pendek bagi memulihkan segera kedudukan skuad Harimau Malaya yang kini berada di ranking ke-171 dunia.

Rajagobal sebelum ini berjaya membawa skuad kebangsaan menjulang kejuaraan Piala AFF buat kali pertama pada 2010. Namun pengendali berusia 62 tahun itu mengakui situasi dulu dan sekarang berbeza.

“Itu masa yang berbeza, kerana pemain yang saya ada pada masa itu mungkin orang tak sedar adalah pemain yang sudah bersama dengan saya sejak umur 17, 18 tahun.

“Masa itu visi saya untuk bersama dengan pemain ini selepas lima dan enam tahun di mana pemain ini sudah matang dan percaya kepada jurulatih.

“Pada masa itu tak banyak bincang pasal naturalisa­si, cuma sekarang kita bercakap mengenai naturalisa­si. Pada masa itu saya percaya kepada pemain, dan mereka bermain dengan baik,” katanya.

 ??  ?? K Rajagobal, Jurulatih PKNS FC
K Rajagobal, Jurulatih PKNS FC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia