Berita Harian

RM200 juta tangani masalah bekalan air Balingian-daro

Projek dilaksana penuhi keperluan penduduk dijangka siap dalam tempoh dua tahun

- Oleh Manorza Saraev

Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM200 juta untuk melaksanak­an projek naik taraf bekalan air di kawasan pesisir Balingian hingga Daro.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata projek berkenaan akan disiapkan dalam tempoh dua tahun sebagai penyelesai­an jangka masa pendek bagi menangani masalah itu.

Beliau berkata, projek itu termasuk menyediaka­n sambungan paip di kawasan yang kini tidak memiliki sebarang sumber bekalan air bersih.

“Kita akan sambung semua saluran paip, iaitu termasuk kawasan yang tidak mempunyai akses,” katanya ketika berucap pada Majlis Penangguha­n Pesta Ketua Menteri Sarawak Matu 2018 di sini, semalam.

Turut hadir isteri Ketua Menteri, Datin Patinggi Dayang Juma’ani Tuanku Bujang; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya dan ADUN Balingian, Abdul Yakub Arbi.

Perbaiki bekalan air

Abang Johari berkata, walaupun projek itu hanya penyelesai­an jangka pendek, ia akan memperbaik­i bekalan air bersih di sepanjang kawasan terbabit.

Selain itu, beliau turut berjanji akan menjadikan kesejahter­aan rakyat di negeri ini sebagai keutamaan dalam menerajui pucuk pimpinan negeri.

Ia termasuk berkaitan isu hak negeri dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963) serta hal berkaitan penggalian minyak serta gas.

Pada majlis itu, turut diadakan penyerahan geran lot tanah kampung tradisi di Matu.

 ?? [FOTO MANORZA SARAEV/BH] ?? Abang Johari bergambar bersama penerima geran lot tanah tradisi, di daerah Matu pada Majlis Penangguha­n Pesta Matu 2018, semalam.
[FOTO MANORZA SARAEV/BH] Abang Johari bergambar bersama penerima geran lot tanah tradisi, di daerah Matu pada Majlis Penangguha­n Pesta Matu 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia