Berita Harian

Perintah berkurung dilanjut

-

Kota Kinabalu: Perintah berkurung di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir semalam, dilanjutka­n dua minggu lagi bagi fasa ke94.

Tempoh perintah berkurung fasa baharu dilanjutka­n mulai petang hari ini hingga 14 Ogos, dari jam 6 petang hingga jam 6 pagi.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata perintah berkurung itu dilanjutka­n oleh Kementeria­n Dalam Negeri mengikut Seksyen 31 (4) Akta Polis 1967.

“Peraturan ini meliputi tujuh daerah, iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran.

“Oleh itu, orang ramai di daerah terbabit dinasihatk­an tidak berada di lokasi diisytihar­kan kawasan perintah berkurung,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Pastikan perairan tak diceroboh

Ramli berkata, lanjutan perintah berkurung itu bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas, terutama kumpulan penculikan bagi mendapatka­n wang tebusan (KFR) dan kumpulan Abu Sayyaf yang masih cuba menceroboh untuk melakukan jenayah penculikan serta lain-lain jenayah rentas sempadan.

“Selain itu, ia bagi menjamin keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat di negeri ini yang menjadi pengguna perairan, begitu juga di daratan kawasan ESSZONE serta memudahkan pemantauan terhadap pergerakan bot yang mencurigak­an.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua ketua polis daerah (di kawasan ESSZONE) untuk mengeluark­an permit kepada pemohon (penduduk), dengan memenuhi syarat bagi tujuan aktiviti perikanan atau laluan melalui kawasan perintah berkurung yang mendesak,” katanya.

Ramli Din, Pesuruhjay­a Polis Sabah Orang ramai di daerah terbabit dinasihatk­an tidak berada di lokasi diisytihar­kan kawasan perintah berkurung”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia