Berita Harian

Bantah kampung jadi penempatan sementara

Penduduk tolak syor tempatkan mangsa kebakaran

- Oleh Norasikin Daineh

Kira-kira 250 penduduk Kampung Darau di sini, berhimpun membantah cadangan menjadikan kampung itu sebagai penempatan sementara mangsa kebakaran Kampung Cenderamat­a 2, Likas.

Bantahan itu disuarakan melalui satu himpunan aman yang dihadiri penduduk asal Kampung Darau di lokasi yang dicadangka­n oleh Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman, sebagai tempat penempatan mangsa kebakaran itu.

Wakil penduduk, Ashim Jamat, 55, berkata penduduk kampung mempunyai banyak sebab untuk membantah cadangan itu.

“Antaranya kami memandang tempat ini sebagai lokasi tambahan untuk kami menampung perkembang­an penduduk yang ada sekarang.

“Tempat ini kami sudah pohon kepada kerajaan untuk dijadikan sambungan bagi rizab Kampung Darau dan apabila timbul idea berkenaan, ia seperti tidak sensitif dengan perasaan dan hati penduduk kampung,” katanya ketika ditemui selepas berhimpun bersama penduduk di tapak lokasi cadangan penempatan itu di sini, semalam.

Tiada perbincang­an

Ashim mendakwa, cadangan untuk menempatka­n penduduk mangsa kebakaran itu hanya diketahui penduduk kampung menerusi laman sosial tanpa sebarang perbincang­an.

“Ini mengejutka­n kami kerana tiada perbincang­an dibuat kepada penduduk dan ia datang secara tiba-tiba, selain hanya tahu perkara ini melalui media,” katanya.

Sehubungan itu, Ashim berkata penduduk tidak menerima cadangan tempat itu dijadikan sebagai penempatan sementara, walaupun sekadar transit.

“Ini kerana walaupun berbentuk transit tetapi apa yang kami perhatikan di tempat lain, ia akhirnya dijadikan sebagai penempatan kekal.

“Kami tidak akan terima sama ada ia transit atau kekal, kami mahu mengekalka­n tempat ini sebagai tempat kami,” katanya.

Baru-baru ini, Aziz yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri mengumumka­n menerusi laman Facebook rasmi miliknya, menyatakan kawasan tanah lapang berhampira­n Kampung Darau dijadikan penempatan transit bagi mangsa kebakaran Kampung Cenderamat­a 2, Likas.

Tanah lapang berkeluasa­n kira-kira 6.4 hektar itu mampu menempatka­n kira-kira 500 rumah.

 ?? [FOTO MOHD ADAM ARININ/BH] ?? Penduduk berhimpun sebagai tanda bantahan cadangan penempatan sementara mangsa kebakaran Kampung Cenderamat­a 2 Likas di Kampung Darau, Manggatal, Kota Kinabalu.
[FOTO MOHD ADAM ARININ/BH] Penduduk berhimpun sebagai tanda bantahan cadangan penempatan sementara mangsa kebakaran Kampung Cenderamat­a 2 Likas di Kampung Darau, Manggatal, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia