Berita Harian

12 penagih ditahan dalam Ops Cegah

-

Tuaran: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Tuaran menahan 12 lelaki disyaki penagih, termasuk seorang yang pernah ditahan kerana melanggar syarat pengawasan AADK pada 2014 lalu, dalam Ops Cegah, kelmarin.

Operasi bermula jam 10.30 malam itu dijalankan di Kampung Kindu dan Kampung Topokon di daerah ini, selain Kampung Nanamun dan Kampung Rampayan Laut di Kota Belud.

Ketua Pegawai AADK Tuaran, Asraf Hafiz Ruslan, berkata Ops Cegah itu dilaksanak­an pihaknya selepas menerima aduan awam dan risikan selama seminggu.

“Operasi yang turut dibantu AADK Negeri menahan seramai 12 lelaki kerana disyaki penagih dadah.

Positif dadah

“Hasil saringan awal ujian air kencing, semua mereka didapati positif dadah jenis methamphet­amine atau syabu,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaa­n lanjut mendapati seorang penagih yang ditahan di Kampung Nanamun, pernah dihukum penjara kerana melanggar syarat pengawasan AADK pada 2014 lalu.

“Suspek berusia 38 tahun itu pernah dipenjara selama 14 bulan kerana melanggar syarat pengawasan.

“Semua yang ditahan berusia 20 hingga 40 tahun ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.

Sementara itu, Asraf berkata, pihak AADK Tuaran akan terus melakukan pemantauan bagi membantera­s kegiatan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia