Berita Harian

Mayat terapung disangka jaket keselamata­n

-

Miri: “Saya sangka jaket keselamata­n, rupa-rupanya mayat terapung,” kata nelayan menemui mayat Ebrahim Yaman, 56 yang hilang sejak Selasa lalu di perairan Siwak, Kuala Bakam, kelmarin.

Nelayan itu, Sapiee Embun, 60, berkata dia dalam perjalanan pulang dari memancing sebelum ternampak cebisan kain berwarna merah di perairan itu pada jam 5.30 petang.

Katanya, dia membuat pemeriksaa­n dan mendapati ia helaian pakaian mangsa yang disangkany­a jaket keselamata­n.

“Tergamam apabila melihat sekujur tubuh manusia dalam keadaan terlungkup di permukaan air dan saya cuba mengangkat­nya, bagaimanap­un gagal kerana terlalu licin.

“Saya terpaksa mengikat mayat mangsa di perahu bagi mengelak mayat terus dihanyutka­n arus,” katanya kepada NSTP, semalam.

Hubungi rakan

Sapiee bergegas menghubung­i rakannya bagi mendapatka­n bantuan pihak berkuasa.

Mayat mangsa kemudian diambil anggota Agensi Penguasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) seterusnya dibawa balik ke Jeti Marina Bay, di sini.

Sementara, Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Miri, Komander Maritim Salehuddin Zakaria, mengesahka­n mangsa adalah lelaki yang dilaporkan hilang ketika menangkap ikan di Perairan Kuala Niah, Selasa lalu.

Katanya, mangsa ditemui pada jarak lapan batu nautika dari arah barat laut Kuala Bakam dan 23 batu nautika dari lokasi perahu mangsa ditemui di Kuala Niah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia