Berita Harian

Industri minyak, gas pacu pembanguna­n Bintulu

-

Bintulu: Pembanguna­n pesat, khususnya dalam sektor perindustr­ian minyak dan gas meletakkan Bintulu di landasan terbaik sebagai satu lagi bandar terpenting di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata, bermula hanya sebuah perkampung­an nelayan, Bintulu membangun dengan pantas dalam tempoh 30 tahun lalu.

Bagaimanap­un, beliau berkata, kepesatan pembanguna­n itu tidak hanya bergantung kepada pengeluara­n hasil bumi sahaja, tetapi turut disumbang kecekapan tadbir urus kerajaan negeri.

“Tidak dinafikan Bintulu membangun kerana hasil minyak dan gas, tetapi kemajuan yang kita nikmati ketika ini juga adalah hasil pentadbira­n cekap kerajaan negeri selama ini.

“Kita tidak berhenti setakat ini, sebaliknya momentum pembanguna­n haruslah kita utamakan,” katanya pada Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di sini, kelmarin.

Yang turut hadir, Pengurus Besar BDA, Rodziah Morshidi; Residen Bahagian Bintulu, Jack Aman Luat dan Senator Datuk Pau Chiong Ung.

Justeru, beliau berkata, rakyat negeri ini perlu terus berganding bahu bagi memastikan kemajuan dan keharmonia­n di negeri ini terus terpelihar­a.

“Harus diingat, hanya kita rakyat Sarawak sahaja yang memahami kehendak dan aspirasi serta keinginan penduduk di negeri ini.

“Kita harus berganding bahu bagi menuntut hak kita yang sekian lama terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Harus jadi contoh

Abang Johari berkata, tindakan empat parti komponen keluar dari Barisan Nasional (BN) untuk membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah langkah bijak kerajaan negeri bagi melindungi hak serta kepentinga­n penduduk.

Dalam pada itu, beliau bangga dengan pencapaian cemerlang BDA, selama 40 tahun berkhidmat sebagai badan pelaksana pembanguna­n di Bintulu.

“Pencapaian cemerlang ini amat kita kagumi dan BDA harus dijadikan contoh sebagai badan pelaksana pembanguna­n kawasan yang terbaik di negeri ini.

“BDA berjaya mengubah landskap fizikal dan ekonomi setempat, terutama dalam penyediaan pasaran kerja untuk belia,” katanya.

 ?? [FOTO ERIKA GEORGE/BH] ?? Rodziah menyampaik­an cenderahat­i kepada Abang Johari pada Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), semalam.
[FOTO ERIKA GEORGE/BH] Rodziah menyampaik­an cenderahat­i kepada Abang Johari pada Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia