Berita Harian

Pendakian terakhir

Siti Nur Ies’mawida meninggal dunia dihempap tembok rumah penginapan

- Oleh Mohd Azam Shah Yaacob, Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

Kedutaan Besar Malaysia sahkan seorang pendaki rakyat Malaysia antara 13 terkorban dalam gempa berukuran 6.4 magnitud yang melanda Pulau Lombok, kira-kira jam 5.47 pagi semalam Siti Nur Ismawida Ismail, 30, maut dihempap tembok dan 6 lagi cedera dalam kejadian sebuah rumah runtuh ketika sedang bersiap untuk pulang ke Malaysia

Seorang wanita Malaysia antara 13 mangsa terbunuh, akibat terperangk­ap dalam runtuhan bangunan dan kediaman, selepas gempa bumi bermagnitu­d 6.4, menggegark­an Pulau Lombok, Indonesia, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5.47 pagi waktu tempatan itu, enam lagi rakyat Malaysia cedera termasuk tiga parah. Mereka adalah antara ratusan mangsa cedera dalam gempa yang turut merekodkan lebih 120 gegaran susulan.

Rakyat Malaysia yang terbunuh, Siti Nur Ies’mawida Ismail, dari Melaka, meninggal dunia akibat cedera parah dihempap runtuhan tembok rumah penginapan kumpulan pendaki Gunung Rinjani yang disertainy­a dekat Sembalun Sajang, Timur Lombok.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang mengguna kemudahan tandas di penginapan terbabit. Enam lagi rakan mangsa termasuk tiga yang parah, cedera akibat terperangk­ap dalam runtuhan rumah penginapan berkenaan dan kini dalam rawatan di Hospital Selong, Timur Lombok.

Pendaki sedang berkemas untuk kembali ke tanah air

Seorang ahli kumpulan pendaki terbabit, Haziq Wafiy Mohd Azman, 26, berkata kejadian berlaku kumpulan mereka yang terdiri daripada 18 pendaki, sedang berkemas dan membuat persiapan untuk kembali ke tanah air, selepas selesai misi mendaki Gunung Rinjani.

“Ketika itu kami semua sedang berkemas kerana bersiap untuk pulang. Justeru, ada antara kami berada di ruang tamu, tandas dan pintu rumah.

“Ketika gegaran dirasai, mulanya saya tidak menjangkak­an apa-apa akan berlaku, sebelum secara tibatiba rumah didiami kami mulai runtuh. Kejadian itu membuatkan kami bergegas keluar untuk menyelamat­kan diri,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Haziq Wafiy berkata, dari kawasan lapang tempat berkumpul, beliau bersama rakan yang terselamat terdengar suara orang meminta tolong dari kawasan runtuhan rumah itu.

“Kami kemudian menyedari ada lagi ahli kumpulan yang terperangk­ap dalam runtuhan rumah berkenaan.

“Jeritan mangsa meminta tolong, kemudian senyap secara tibatiba sebelum kami mendapati seorang ahli kumpulan sudah meninggal dunia akibat dihempap tembok rumah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, hasil bantuan penduduk setempat, mereka berusaha mengeluark­an mangsa yang terperangk­ap daripada runtuhan rumah berkenaan.

“Setakat ini, seorang meninggal dunia, tiga rakan kami parah, manakala tiga lagi cedera ringan. Semua yang cedera sudah menerima rawatan di hospital.

Tunggu bantuan kedutaan

“Kumpulan kami kini berkumpul di kawasan hospital bagi memudahkan urusan dengan Kedutaan Malaysia dari Jakarta. Jenazah mangsa kini masih di hospital dan menunggu bantuan kedutaan untuk menyelesai­kan urusan,” katanya.

Haziq Wafiy berkata, keadaan di Lombok ketika ini masih kelamkabut dengan banyak laluan di pulau berkenaan kini terputus hubungan akibat kesan gempa bumi yang berlaku.

Difahamkan, kumpulan pendaki itu tiba di Lombok sejak Selasa lalu dan dijadual pulang ke tanah air, semalam.

Sementara itu, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, susulan kejadian gempa bumi yang turut membabitka­n rakyat Malaysia sebagai mangsa dan korban, pihaknya kini sedang menyelaras bantuan sewajarnya dengan kerjasama Polis Indonesia serta Badan Nasional Penanggula­ngan Bencana (BNPB).

“Ekoran kejadian itu, kedutaan mengaktifk­an bilik operasi bagi mengesan rakyat Malaysia lain yang kini terkandas di Lombok. Rakyat Malaysia yang berada di Lombok serta memerlukan bantuan konsulat boleh menghubung­i nombor telefon +62 215224947 atau +62 8138081 3036 (Whatsapp) serta e-mel di mwjakarta@kln.gov.my/ konsular@gmail.com.

“Sehingga jam 4 petang waktu Indonesia Barat, kedutaan dapat berhubung dengan 19 rakyat Malaysia yang berada di Senaru Lombok Utara dan mereka sedang dibawa ke Sengigi, Barat Lombok.

“Kumpulan kedua pula seramai 18 orang yang berada di Sembalun, di mana seorang ahlinya meninggal dunia.

“Kedutaan juga sudah berhubung dengan syarikat penerbanga­n untuk membantu rakyat Malaysia yang selamat dan sihat untuk kembali ke tanah air,” katanya dalam kenyataan, petang semalam.

Kenyataan itu juga menyebut yang pegawai kedutaan dijangka tiba di Pulau Lombok pada hari ini bagi menyelaras dan membantu rakyat Malaysia sewajarnya.

 ??  ??
 ??  ?? Lokasi Siti Nur Ismawida ditemui meninggal dunia.
Lokasi Siti Nur Ismawida ditemui meninggal dunia.
 ??  ??
 ??  ?? Siti Nur Ies’mawida
Siti Nur Ies’mawida
 ??  ?? Status terakhir dalam FB Siti Nur selepas menawan Gunung Rinjani.
Status terakhir dalam FB Siti Nur selepas menawan Gunung Rinjani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia