Berita Harian

Penduduk Australia cecah 25 juta

-

Sydney: Jumlah penduduk Australia kini sudah mencecah paras 25 juta, hampir sedekad lebih awal berbanding dijangkaka­n ketika ia menarik ratusan ribu pendatang setiap tahun.

Menurut angka data kerajaan, setiap minit seorang individu tiba untuk menetap di Australia, mengukuhka­n permintaan untuk segala-galanya daripada rumah sehingga kereta, sekolah dan hospital serta meningkatk­an kekayaan ekonomi negara itu.

Biro Statistik Australia menganggar­kan, jumlah populasi negara itu akan mencecah 26 juta orang dalam tempoh tiga tahun, berdasarka­n aliran semasa.

Peningkata­n pantas dalam jumlah pendatang, mencetuska­n perdebatan terhadap impak ekonomi dan sosial berkenaan perpindaha­n disebabkan infrastruk­tur tidak mencukupi menjurus kesesakan bandar sambil pasaran buruh meluas membataska­n pertumbuha­n gaji.

Pelan infrastruk­tur

“Bertahan bermaksud terus melabur dalam infrastruk­tur. Sebab itulah mengapa kami memiliki satu pelan infrastruk­tur bernilai A$75 bilion (RM227 bilion). Perlu ada sokongan yang berkembang dalam populasi,” kata Menteri Kewangan Scott Morrison kepada 3AW Radio semalam, apabila ditanya jika Australia dapat bertahan dengan 25 juta penduduk.

Kejayaan ekonomi Australia dibina daripada perpindaha­n dengan lebih satu pertiga pendudukny­a lahir di luar negara, menurut data bancian terbaharu yang menunjukka­n England, China, New Zealand dan India sebagai negara teratas asal pendatang.

Satu kajian berasingan ABS dikeluarka­n Jun lalu menunjukka­n, perpindaha­n luar negara kini mencatat 62 peratus daripada jumlah pertumbuha­n populasi keseluruha­n. Peningkata­n penduduk asal berjumlah 38 peratus.

Isu imigresen

Namun, isu imigresen menjadi topik panas politik ketika kerajaan pakatan yang memerintah dan pembangkan­g, Parti Buruh mula berkempen untuk pilihan raya New South Wales (NSW) dijangka Mac tahun depan diikuti pilihan raya umum pada Mei 2019.

Ahli politik nasionalis, Pauline Hanson menyalahka­n peningkata­n jumlah pendatang terhadap ketidaksam­aan di Australia sementara Senator Dean Smith menjadi anggota kerajaan pertama awal tahun ini yang menggesa satu kajian semula terhadap pertumbuha­n populasi.

Smith mempertika­ikan, pengambila­n pantas pendatang meletakkan tekanan besar terhadap infrastruk­tur di bandar terbesar negara iaitu Sydney dan Melbourne, didiami majoriti meluas pendatang baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia