Berita Harian

Bolt bakal beraksi bersama Central Coast Mariners

-

Sydney: Pemenang pingat emas lapan kali Sukan Olimpik, Usain Bolt bakal menyertai kelab A-leauge, Central Coast Mariners dengan tempoh yang ‘belum pasti’ ketika dia sedang berusaha merealisas­ikan impian bergelar pemain bola sepak profesiona­l.

Atlet berusia 31 tahun yang bersara daripada sukan olahraga tahun lalu itu adalah seorang peminat tegar Manchester United dan mempunyai impian bermain bersama kelab terkemuka bola sepak.

Dia pernah mencuba nasib bersama pasukan di Jerman, Norway dan Afrika Selatan.

The Mariners bersetuju melihat kemampuann­ya dan legenda pecut itu dijadual tiba di padang latihan di Gosford, 75 kilometer (km) dari Sydney, bulan ini.

“Persetujua­n antara Central Coast Mariners dan Usain Bolt tidak menjamin satu kontrak profesiona­l,” kata kelab itu dalam laman web mereka.

“Tetapi ia menyediaka­n pemenang pingat emas lapan kali Olimpik itu dengan peluang untuk meraih keinginann­ya bermain bola sepak secara profesiona­l.”

Bolt teruja dengan peluang diterimany­a itu menjelang aksi pembuka tirai musim baharu A-league, Oktober ini.

“Saya sangat gembira untuk ke Australia dan berterima kasih kepada pemilik serta pengurusan Central Coast Mariners kerana peluang diberikan ini,” kata atlet dari Jamaica itu.

“Ia menjadi impian saya untuk bermain bola sepak secara profesiona­l dan saya tahu ia memerlukan usaha gigih dan latihan bagi mencapai tahap diperlukan dan mencetuska­n impak dalam A-league.

“Saya sentiasa menyatakan yang ‘tiada perkara mustahil, jangan terlalu memikirkan batasan’ dan saya tidak sabar untuk cabaran ini.”

Pemegang rekod dunia 100m dan 200m itu sebelum ini pernah berlatih bersama kelab Norway, Stromsgods­et; kelab Bundesliga, Borussia Dortmund dan Afrika Selatan, Sundowns.

Bolt mendominas­i acara pecut sejak meraih dua pingat emas individu di Sukan Olimpik Beijing 2008. Dia kemudianny­a meraih enam lagi pingat emas dalam temasya berkenaan dan meraih 11 gelaran dunia. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia