Berita Harian

Suspek kes bunuh kakitangan JPN kena reman tujuh hari

Penahanan lelaki dipercayai mampu selesai motif sebenar pembunuhan mangsa

- Oleh Harun Yahya

Suspek kes bunuh seorang penjawat awam wanita di Jalan Tiong Hua, Khamis lalu, direman tujuh hari sehingga 15 Ogos ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, berkata perintah reman itu dikeluarka­n Majistret Saiful Sayoti di Hospital Sibu di sini, berikutan suspek ketika ini menjalani rawatan.

Minum racun

Beliau berkata, suspek dikejarkan ke hospital sejurus ditahan di sebuah rumah panjang di Julau, pada jam 10.40 pagi kelmarin, selepas ditemui dalam keadaan lemah kerana meminum racun dipercayai untuk membunuh diri.

“Kita percaya penahanan suspek mampu menyelesai­kan kes, termasuk merungkai motif sebenar pembunuhan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu bergegas ke sebuah rumah panjang di Julau selepas menerima maklumat awam mengenai kehadiran suspek, Phillip Uja, 42, di situ.

Sebaik tiba, suspek ditemui dalam keadaan lemah dalam tandas rumah panjang berkenaan selepas meminum sejenis cecair dipercayai racun.

Serbuan diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Julau, Inspektor Rafi Jaraie dan berjaya menangkap suspek yang berada dalam tandas rumah panjang berkenaan.

Turut ditemui, satu botol lut sinar dipercayai mengandung­i cecair racun diminum suspek.

Kes pembunuhan Nurnia Azalea Priscilla Edward, 26, yang juga kakitangan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) mencuri tumpuan selepas mangsa ditemui mati dalam keadaan tangan dan kakinya diikat di bilik sewanya, pada jam 3.45 petang, Khamis lalu.

Mayat mangsa ditemui oleh rakan sekerjanya yang bergegas ke bilik sewanya apabila wanita itu tidak hadir syif tugasannya dan gagal dihubungi.

Pendarahan dalaman

Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan dalaman padakepala­nya, dipercayai impak hentakan menggunaka­n objek tumpul.

Sehingga kini, polis masih menyiasat motif pembunuhan mangsa, termasuk mengenal pasti hubunganny­a dengan suspek.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia