Berita Harian

Lelaki mabuk didenda RM1,000

-

Kota Kinabalu: Seorang lelaki mabuk yang merosakkan mesin penapis air di Balai Polis Manggatal di sini, didenda RM1,000 selepas mengaku bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret, Afiq Agoes turut menetapkan hukuman penjara dua bulan jika tertuduh, Iby Sahazalin Oswald Yong, 35, yang didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967, gagal membayar denda.

Selain denda, Afiq turut memerintah­kan tertuduh membayar ganti rugi sebanyak RM300 kepada Balai Polis Manggatal atas kerosakan mesin penapis air di balai berkenaan atau berdepan penjara sebulan jika gagal berbuat demikian.

Ditahan ketika mengamuk

Mahkamah diberitahu, pemandu lori terbabit ditahan ketika mengamuk di Kampung Muhibbah dekat sini, pada Ahad lalu dan cedera di tangan kanan selepas memecahkan tingkap rumahnya sebelum itu.

Polis kemudian membawa tertuduh ke balai tetapi dia masih bertindak agresif dengan menendang pintu dan tingkap sambil berteriak serta merosakkan sebuah mesin penapis air yang ditempatka­n di balai berkenaan.

Sementara itu, dalam kes berlainan, seorang remaja dipenjara 11 bulan selepas mengaku salah kerana cuba menjual barangan curi.

Cuba lupus motosikal

Tertuduh, Adzrol Blar, 19, didakwa cuba melupuskan sebuah motosikal di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, pada jam 2.30 pagi, Sabtu lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia