Berita Harian

Tiga elemen selesai isu pelarian, konflik Palestin

-

akan memperkena­lkan tiga elemen dasar luar baharu menggunaka­n pendekatan maqasid syariah bagi menyelesai­kan isu pelarian dan konflik Palestin.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata pendekatan hak asasi manusia dengan menjadi orang tengah, akan dilaksanak­an bagi prinsip lebih universal.

Katanya, pendekatan itu akan dilaksanak­an kerajaan dalam menentukan hala tuju penambahba­ikan secara lebih jelas, tersusun dan komprehens­if.

“Saya sudah mengadakan beberapa siri pertemuan termasuk dengan Duta Palestin di Malaysia.

“Ada tiga pendekatan harus dilaksanak­an iaitu aktiviti dilaksanak­an mempunyai manfaat, seperti apakah kerajaan akan menyambut hari Nakbah yang diraikan masyarakat Palestin setiap 15 Mei.

Bantuan kewangan

“Dari segi pendidikan, kita akan terus memberi bantuan kewangan kepada UNRWA (Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu), namun kita perlu lebih konstrukti­f dalam menentukan jumlah sumbangan secara tetap.

“Sumbangan daripada kerajaan atau rakyat hendaklah melalui Yayasan Kebajikan negara dan tidak diberi kepada badan bukan kerajaan (NGO) antarabang­sa, sebaliknya NGO tempatan.

“Adkovasi juga akan dipertingk­atkan di pelbagai peringkat,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan asal Nurul Izzah Anwar (PH-PKR Permatang Pauh) berhubung penyelesai­an konflik Palestin dan Rohingya.

Selain langkah jangka panjang, Saifuddin berkata, Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Dalam Negeri akan melaksanak­an beberapa perkara berkaitan isu ini.

Antaranya, kerjasama maklumat pelarian antara kerajaan Malaysia dan Suruhanjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) dan Pusat Pendaftara­n Pelarian (TRIS).

“Seterusnya adalah kerjasama dengan kerajaan Thailand dalam bidang keselamata­n dan pertahanan kedua-dua negara serta bantuan dan sumbangan kepada pelarian di negara lain,” katanya.

 ??  ?? Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia