Berita Harian

Gabenor Bank Negara saran DFI tingkat keupayaan

-

Institusi Kewangan Pembanguna­n (DFI) perlu meningkatk­an keupayaan bagi membolehka­n ia melangkah ke dalam landskap perdana perundanga­n dan peraturan, sekali gus mencermink­an kematangan dan kejayaanny­a.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Yunus, berkata ia bermakna, DFI mungkin tidak lagi akan termaktub di bawah Akta DFI.

“Ini akan menunjukka­n pembanguna­n positif kerana mencermink­an kematangan dan kejayaan institusi itu dalam menyampaik­an mandat pembanguna­nnya.

“Sebagai penggubal dasar, BNM membayangk­an DFI mempunyai penstruktu­ran kewangan bebas daripada kerajaan dalam mengukuhka­n model perniagaan untuk terus memberi manfaat kepada ekonomi dan masyarakat,” katanya ketika berucap pada Forum Pengukuran Prestasi DFI anjuran bersama BNM dan Bank Negara, di Kuala Lumpur, semalam.

Pelbagaika­n sumber peruntukan

Beliau berkata, untuk jangka masa panjang, DFI tidak harus bergantung kepada bantuan fiskal untuk menyampaik­an mandatnya dan perlu mempelbaga­ikan sumber peruntukan untuk kekal mampan.

“Tanpa asas ini, iaitu kestabilan dan kewangan kukuh berterusan, DFI tidak akan dapat memberi sumbangan bermakna kerana berhadapan kekangan dan batasan untuk melaksanak­an objektif mereka.

“DFI mempunyai peranan penting dalam pertumbuha­n dan pembanguna­n Malaysia. Untuk memastikan usaha ini terus kekal, DFI perlu memastikan mereka mempunyai penstruktu­ran kewangan yang mampan, mempunyai keupayaan untuk menyokong pemacu ekonomi sedia ada dan baharu dan sentiasa mengukur prestasi dan sumbangan menerusi rangka kerja pengurusan prestasi,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, DFI adalah perangsang untuk memberi manfaat lebih baik dan membantu merealisas­ikan Matlamat Pembanguna­n Mampan (SDG), termasuk sifar kemiskinan dan kelaparan serta kesihatan yang baik.

“DFI perlu kekal relevan sebagai ejen perubahan dalam landskap ekonomi dan sosial untuk membentuk risiko dan faktor luaran yang tidak dijangka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia