Berita Harian

Mercedes E 300 AMG Line pelengkap barisan CKD

Model baharu ganti E 350 plug-in hybrid

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Mercedes-benz Malaysia (MBM) melancarka­n model E 300 AMG Line, sekali gus memperluas­kan lagi barisan pemasangan tempatan (CKD) bagi E-class.

MBM menjelaska­n E 300 AMG Line CKD yang akan menggantik­an E 350 plug-in hybrid ditawarkan dengan harga anggaran RM388,888, jauh lebih rendah berbanding versi import sepenuhnya (CBU) iaitu RM458,888.

Bagaimanap­un, mengikut spesifikas­i model CKD ini hampir sama dengan versi CBU, cuma perbezaan ketara adalah roda aloi pelbagai jejari 20-inci berbanding unit jejariberk­embar AMG 19-inci.

Mercedes-benz E 300 AMG Line dikuasakan dengan enjin petrol M 274 DE 20 AL 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder yang menghambur 241 kuasa kuda (hp) dan tork 370 Nm.

Model sedan mewah ini turut dipadankan dengan transmisi automatik torque converter 9G-tronic sembilan kelajuan, dengan kuasa disalurkan ke roda belakang. Ia mampu memecut 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 6.3 saat.

Selain itu, ia turut didatangka­n dengan lampu utama Multibeam LED, bumbung panoramik, akses but bebas-tangan, pakej AMG Line dan Night Package.

Kabin mewah

Menjengah bahagian dalamnya pula, ia ditampilka­n dengan papan pemuka balutan kulit Artico, tempat duduk upholstery balutan kulit Nappa, pengecas tanpa wayar untuk telefon bimbit, paparan utama, kokpit cermin hadapan (dua skrin 12.3-inci) sistem COMAND Online, roda stereng dengan Touch Control, kawalan konsol tengah dan sistem bunyi sekeliling Burmester 13-pembesar suara dengan sembilan saluran amplifier.

Lain-lain elemen dalam senarai kit termasukla­h Keyless-go, kamera 360-darjah, Dynamic Select dengan lima mod (Comfort, Eco, Sport, Sport+ dan Individual), sokongan Apple Carplay dan Android Auto, pendingin hawa belakang dan pedal penukar gear.

Di bawah bonetnya, enjin petrol M 274 DE 20 AL 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder dikekalkan dengan hamburan 241 hp (245 PS) dan tork 370 Nm.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia