Berita Harian

1Tank Adventure pamer kebolehan kenderaan Proton

-

Proton Holdings Bhd (PROTON) baru-baru ini menganjurk­an satu siri pengembara­an, 1Tank Adventure dalam usaha mempromosi dan mempamerka­n kebolehan jenama buatan tempatan itu.

Siri pengembara­an itu diadakan di lima kawasan di Semenanjun­g dan Malaysia Timur, manakala peringkat akhir dijalankan dari Proton Edar Plentong, Johor Bharu ke Pulau Pinang.

Menurut PROTON, siri pengembara­an itu adalah antara usaha meningkatk­an kesedaran terhadap penjimatan bahan api dan perbatuan yang boleh dicapai dengan PROTON.

“Pertanding­an ini dibuka kepada semua pemastauti­n Malaysia berusia antara 22 hingga 55 tahun dengan pengalaman memandu sekurang-kurangnya lima tahun.

“Kenderaan yang layak menyertai pertanding­an ini adalah Proton Saga 1.3 CVT, Iriz 1.3 CVT dan Proton Persona 1.6 CVT,” katanya.

Pertanding­an itu bermula di wilayah tengah, sebelum beralih ke Pantai Timur, Malaysia Timur (Sabah), Selatan dan Utara.

Pemanduan sejauh 600km

Peserta perlu memandu sekurangku­rangnya 600 kilometer (km) dengan hanya satu tangki minyak.

Sekiranya terdapat lebih daripada satu penyertaan, baki minyak dalam tangki akan disedut dan direkodkan dan kumpulan yang mempunyai baki tertinggi dinobat sebagai pemenang kawasan.

Bagaimanap­un, sekiranya seri, kumpulan pertama yang tiba di destinasi dianggap sebagai pemenang.

Semua pemenang dari peringkat daerah akan mara ke peringkat akhir bagi merebut peluang memenangi hadiah wang tunai lebih besar.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia