Berita Harian

MHC umum senarai pemain lelaki, wanita negara

-

Kuala Lumpur: Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) mengeluark­an senarai akhir barisan 18 pemain skuad lelaki dan wanita ke Sukan Asia, dengan nama Kirandeep Kaur paling mencuri tumpuan.

Sensasi berusia 15 tahun itu muncul satu-satunya muka baharu yang dinamakan MHC kali ini dengan skuad lelaki dan wanita menyasarka­n emas dan gangsa di Jakarta.

Pengarah Teknikal MHC, Terry Walsh turut memuji Kirandeep yang juga pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya, Bangsar itu.

“Keseluruha­n pasukan lelaki dan wanita negara diperkuatk­an barisan pemain sama, hanya Kirandeep Kaur saja menjadi satusatuny­a pemain baharu yang disenaraik­an.

“Saya pernah melihat persembaha­nnya pada sesi latihan dan juga perlawanan kompetitif. Saya percaya dia mempunyai bakat luar biasa bagi pemain seusianya,” kata bekas pengendali Australia itu.

Termuda

Kelmarin, NSTP melaporkan Kirandeep Kaur akan menjadi pemain termuda dalam sejarah hoki Malaysia yang beraksi di Sukan Asia, hasil percaturan berani jurulatih Dhaarma Raj Abdullah.

Apabila ditanya sejauh mana peluang skuad Malaysian Tigers dan Malaysian Tigress di Sukan Asia nanti, Walsh menaruh harapan untuk melihat kedua-dua pasukan itu mengatasi pencapaian terdahulu.

Skuad lelaki diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Pakistan, Bangladesh, Oman, Kazakhstan dan Thailand manakala skuad wanita dalam Kumpulan A (China, Jepun, Hong Kong dan Taiwan).

Terdahulu, dalam satu majlis di Pejabat MHC menyaksika­n barisan pemain hoki lelaki dan wanita mendapat tajaan kasut daripada Vik Network, sebuah syarikat barangan sukan hoki.

Penjaga gol: S Kumar,

Hairi Rahman, Pertahanan: Sukri Mutalib, Razie Rahim, Syed Syafiq Syed Cholan, Azri Hassan, Faiz Helmi Jali,?

Tengah: Nabil Fiqri, Marhan Jalil, Meor Azuan Hassan,

Fitri Saari, Joel Samuel van Huizen, Amirol Aideed Arshad; Penyerang: Tengku Ahmad Tajuddin, Faizal Saari, Nik Aiman Nik Rozemi, Firhan Ashari, Shahril Saabah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia