Berita Harian

Singapura bantu pembanguna­n strata Sarawak

-

Kuching: Sarawak berhasrat berkongsi pengalaman dan kepakaran Singapura dalam proses pendaftara­n, termasuk pengeluara­n hak mi lik serta aspek pengurusan pelbagai jenis pembanguna­n strata, terutama membabitka­n hartanah bertingkat, selain tanah di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata kerjasama itu turut membabitka­n pendekatan negara jiran itu dalam menangani isu pertikaian dan tribunal membabitka­n pengu rusan komuniti, selain pelaksanaa­n skim perumahan mampu milik bagi membantu rakyat.

“Kita mahu lebih memahami isu berkaitan seperti pembinaan atau pembanguna­n berfasa, fleksibili­ti dalam membenarka­n perubahan reka bentuk atau pindaan pelan pembanguna­n dalam skim strata yang diluluskan, unit kongsi dan peruntukan nilai kongsi, perolehan hartanah strata dan penamatan skim strata.

“Pada masa yang sama, untuk mencari penanda aras terbaik bagi draf ordinan kita, dengan meneliti amalan terbaik di negara lain, khususnya dalam kelompok negara maju bagi memastikan­nya praktikal dan menepati keperluan semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Perancanga­n Bandar

Awang Tengah yang juga Menteri Perancanga­n Bandar dan Sumber Asli II Sarawak sedang mengetuai delegasi kerajaan negeri untuk lawa tan kerja ke Singapura.

Beliau berkata, Singapura adalah negara kedua dikunjungi­nya bagi tujuan penambahba­ikan ordinan berkenaan selepas Hong Kong, bermula 19 hingga 12 Mac lalu.

“Dalam lawatan kerja ini, anggota delegasi turut mengadakan pertemuan bersama wakil Lembaga Pembanguna­n dan Pembinaan, Lembaga Tanah Singapura dan Lembaga Pembanguna­n Semula Bandar Singapura,” katanya.

Awang Tengah berkata, Ordi nan Hak Milik Strata pertama di Sarawak dilaksanak­an pada 1974 dan seterusnya Ordinan Hak Milik Strata dikuatkuas­akan pada 1995.

Beliau menjelaska­n sehubungan dengan kerumitan pembanguna­n dan peningkata­n permintaan, undangunda­ng sedia ada tidak memadai menangani trend dan keperluan yang berubah, selain pengurusan strata di negeri ini tidak dilindungi sepenuhnya serta memerlukan usaha penambahba­ikan segera.

 ?? [ FOTO MOHD LATIF AHMAD / BH ] ?? Awang Tengah menyampaik­an cenderahat­i kepada Timbalan Ketua
Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n dan Pembinaan Singapura, Chin Chi Leong (tujuh dari kanan) ketika mengadakan lawatan ke Singapura.
[ FOTO MOHD LATIF AHMAD / BH ] Awang Tengah menyampaik­an cenderahat­i kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n dan Pembinaan Singapura, Chin Chi Leong (tujuh dari kanan) ketika mengadakan lawatan ke Singapura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia