Berita Harian

Buaya cuba baham kucing ditangkap

-

Menumbok: Seekor buaya seberat 150 kilogram (kg) ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas cuba membaham seekor kucing peliharaan penduduk di Kampung Mempakul di sini, malam kelmarin.

Buaya itu dipercayai dari kawasan paya bakau berhampira­n dan sudah biasa berlegar-legar di bahagian bawah rumah penduduk terbabit, Mohd Sahrin Kamarin, 41, sejak enam tahun lalu.

Mohd Sahrin berkata, dia selalu melihat buaya itu di sekitar halaman rumahnya sejak enam tahun lalu, ketika haiwan berkenaan masih kecil.

“Disebabkan rumah saya berdekatan dengan kawasan paya bakau, saya percaya buaya itu datang dari sana dan kemudian sampai ke kawasan rumah saya.

“Saya pernah membuat aduan sebelum ini, tetapi disebabkan buaya itu masih kecil jadi saya beranggapa­n ia tidak membahayak­an kami.

Nyaris baham kucing

“Bagaimanap­un, semalam (kelmarin) saya terkejut melihat buaya itu nyaris membaham kucing peliharaan saya sebelum membuat laporan kepada pasukan APM Menumbok untuk menangkapn­ya,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Sementara itu, Pegawai APM Daerah Beaufort, Leftenan Mayroof Koibil, berkata operasi menangkap buaya itu dilakukan sebaik menerima maklumat daripada Mohd Sahrin.

“Operasi menangkap buaya itu dilakukan oleh enam anggota APM yang mengambil masa 43 minit sebelum operasi ditamatkan.

“Buaya terbabit adalah dari spesies buaya sungai dengan ukuran sembilan kaki panjang dan berat 150 kg,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia