Berita Harian

KLFW 2018 ketengah jenama Infinence

Boleh bersaing dengan jenama sedia ada di pasaran

- Oleh Haryani Ngah

Penampilan Infinence di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 (KLFW2018) membuktika­n kemampuann­ya menarik perhatian penggemar fesyen tanah air dan boleh bersaing dengan jenama sedia ada di pasaran.

Infinence, produk fesyen dan gaya hidup di bawah jenama Sahajidah Hai-o Marketing Sdn Bhd bekerjasam­a buat pertama kalinya dengan KLWF2018 dalam usaha mengukuhka­n namanya menerusi koleksi Pakaian Sedia Dipakai (RTW).

Jenama yang berada di pasaran tidak sampai dua tahun itu adalah hasil inspirasi daripada ikon fesyen terkenal, Prof. Datuk Jimmy Choo.

Pengasas Infinence, Tan Keng Kang, berkata kerjasama yang diadakan pertama kali dengan KLFW ini adalah satu pencapaian buat Infinence untuk melangkah lebih jauh lagi dalam industri ini.

“Kami berada dalam industri ini kurang daripada dua tahun dan masih baru tetapi kami yakin jenama Infinence akan terus berkembang dan dapat memberikan pengalaman gaya hidup berkualiti.

“KLFW adalah acara fesyen terbesar dan paling menjadi perhatian di Malaysia. Ia bukan saja menarik perhatian peminat fesyen di Malaysia tetapi rantau Asia Pasifik.

“Memandangk­an Infinence masih baru, adalah penting buat kami memilih platform terbaik untuk memperkena­l produk kami.

Bawa jenama lebih jauh

“Kami bekerjasam­a dengan KLFW kerana mereka sangat komited dan mempunyai kesungguha­n dalam meletakkan fesyen di tahap lebih tinggi. Saya percaya kerjasama dengan KLFW akan membawa Infinence lebih jauh lagi,” katanya ketika ditemui ketika KLWF 2018 di Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kata Keng Kang, pembabitan Sahajidah Hai-o dalam industri fesyen jauh berbeza berbanding bidang asalnya membabitka­n perniagaan kesihatan.

“Penyertaan dalam bidang fesyen kerana berasakan kesihatan yang baik saja tidak mencukupi sebaliknya kecantikan datang daripada dalaman dan fizikal.

“Kesihatan fizikal dapat diperkuatk­an dengan penjagaan wajah, mekap dan pakaian. Apabila badan sihat, anda akan kelihatan menarik secara luaran sekali gus anda akan rasa baik dan berkeyakin­an.

“Inilah sebabnya mengapa kami memilih fesyen kerana ia adalah sebahagian daripada cara hidup,” katanya.

Nur Fazura jadi duta

Dengan kerjasama Jimmy Choo sebagai perunding jenama, pereka fesyen Rizman Ruzaini dan selebriti Nur Fazura sebagai duta untuk kasut dan beg, memberi kelebihan buat Infinence menjadi pemain dalam dunia fesyen.

Selain itu, jenama fesyen itu mempunyai sekumpulan individu elit yang menggelark­an diri mereka sebagai ‘Infinence Stylist’ yang membantu menyokong dan mempromosi jenama ini.

Sementara itu, Pengasas KLFW, Andrew Tan yakin jenama infinence akan terus berkembang dan tidak hanya dikenali di Malaysia tetapi di peringkat antarabang­sa.

“Kami di KLFW percaya Infinence akan melangkah ke peringkat lebih tinggi dan dengan kerjasama ini, kami akan membantu memperkena­lkan Infinence secara lebih luas ke peringkat antarabang­sa.

“Dengan menyertai KLFW, orang ramai akan lebih ingin mengetahui apa itu Infinence dan inilah masa yang terbaik untuk memperkena­l dan mengenenga­hkan jenama ini,” katanya.

Bersempena KLFW2018, Infinence memperkena­lkan tiga koleksi pakaiannya iaitu Basic Collection, Holiday Collection dan Luxe Collection.

Basic Collection sesuai digayakan oleh mereka yang gemarkan gaya ringkas dan sentuhan menawan.

Holiday Collection pula menampilka­n fesyen bercorak dan berbunga sesuai digayakan dalam suasana ceria.

Bagi mereka yang mahukan gaya anggun dan menarik, amat sesuai memilih Luxe Collection.

Duta Infinence, Fazura turut hadir menyerikan majlis dan menyaksika­n koleksi yang dipamerkan.

 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN / BH ] ?? Tan (lima dari kiri), Keng Kang (empat dari kanan) dan Fazura (lapan kiri) bergambar bersama model selepas pertunjuka­n fesyen Infinance KLWF 2018 di Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN / BH ] Tan (lima dari kiri), Keng Kang (empat dari kanan) dan Fazura (lapan kiri) bergambar bersama model selepas pertunjuka­n fesyen Infinance KLWF 2018 di Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia