Berita Harian

3.1 juta saman AES dibatal

JPJ ambil alih sistem daripada swasta mulai 1 September

- Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Hashini Kavishtri Kannan cnews@nstp.com.my

Pembatalan saman Sistem Penguatkua­saan Automatik (AES) diputuskan Kabinet membabitka­n nilai RM435 juta yang belum dibayar sejak sistem dilaksanak­an pada 2012

Sistem AES akan diambil alih JPJ bermula 1 September selepas kontrak dua syarikat konsesi tidak sambung

FOMCA bimbang pembatalan saman boleh tingkatkan kadar nahas akibat kecuaian pengguna jalan raya

Semua saman Sistem Penguatkua­saan Automatik (AES) berjumlah 3.1 juta membabitka­n nilai RM435 juta yang belum dibayar sejak AES dilaksanak­an pada 2012 dibatalkan.

Selain itu, sistem berkenaan akan diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) bermula 1 September ini, selepas kerajaan memutuskan tidak menyambung kontrak dua syarikat konsesi yang mengendali­kan sistem itu, Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke, berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet, semalam.

“Perjanjian dengan dua syarikat konsesi AES ini yang berakhir pada 31 Ogos ini tidak akan disambung.

“Kerajaan ‘berkorban’ tidak mengutip saman AES ini, maka semua saman berkenaan setakat ini yang masih belum berbayar dan tertunggak, dibatalkan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

AES yang mencetuska­n kontrovers­i mula dilaksanak­an pada September 2012 dan pada April 2017, ia diletakkan di bawah Sistem Keselamata­n Kesedaran Automatik (AWAS), bersama dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA).

Tak bayar balik saman

Loke berkata, bagi 659,934 saman yang sudah dibayar iaitu 18 peratus daripada 3.76 juta saman AES yang dikeluarka­n setakat ini tidak akan dibayar balik oleh kerajaan.

“Saya memohon maaf kepada mereka yang sudah bayar dan atas semangat ‘korban’, mereka pun perlu ‘berkorban’ kerana kerajaan tidak mampu untuk membayar balik,” katanya.

Loke juga menegaskan, pembatalan saman AES itu adalah secara ‘one-off’ dan tidak akan ada lagi pembatalan, pengecuali­an atau diskaun bayaran AES selepas ini.

“Kerajaan melalui Kementeria­n Pengangkut­an dan JPJ akan melaksanak­an sepenuhnya semua peruntukan saman melalui AES, jadi saya nasihatkan rakyat supaya jangan menunggu sehingga ada diskaun untuk membayar saman kerana tidak akan ada diskaun untuk lima tahun akan datang,” katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan bersetuju membayar balik wang daripada Lembaga Tabung Angkatan Tenteta (LTAT) sebanyak RM555 juta, yang digunakan kerajaan terdahulu untuk membayar pengambil alihan dua syarikat konsesi AES pada 2015.

“Kerajaan ketika itu memutuskan LTAT mengambil alih projek AES melalui anak syarikatny­a, Irat Properties Sdn Bhd dengan bayaran RM555 juta untuk dibayar kepada syarikat pengendali asal yang mempunyai 47 kamera (AES).

“Bagi menjamin kebajikan anggota tentera, kita membayar balik wang ini dan akan mengadakan rundingan bersama Kementeria­n Kewangan, Kementeria­n Pertahanan dan LTAT mengenai cara bagaimana wang itu dapat dibayar balik,” katanya.

Bayaran kepada kerajaan

Berhubung kos operasi yang ditanggung JPJ selepas mengambil alih AES, Loke berkata, ia masih dalam perbincang­an, namun yang penting, bayaran saman itu akan diperoleh oleh kerajaan, bukan pihak ketiga.

“Setiap saman dikeluarka­n itu (sebelum ini), RM16 perlu dibayar kepada dua syarikat ini, ditambah pula 50 peratus daripada jumlah saman.

“Kerajaan juga tidak lagi terikat dengan perjanjian untuk memasang lebih 1,000 kamera di seluruh negara.

“Kita akan berbincang dengan MIROS di mana untuk meletakkan kamera dan pasang melalui tender sendiri,” katanya.

 ??  ?? Anthony Loke
Anthony Loke

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia