Berita Harian

Pelaksanaa­n 10 janji dalam tempoh setahun

Pencapaian 60 peratus, bukan erti gagal seperti alasan pembangkan­g

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

Pelaksanaa­n 10 janji oleh Pakatan Harapan (PH) mungkin akan hanya dapat dilaksanak­an sepenuhnya dalam tempoh setahun pertama pentadbira­n kerajaan, bukannya 100 hari seperti yang dijanjikan

Profesor Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbira­n dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UITM), Prof Dr Nasrudin Mohamed, berkata tempoh pelaksanaa­n dalam masa 100 hari tidak begitu realistik kerana pelbagai aspek perlu diambil kira.

Beliau berpendapa­t, pencapaian kerajaan dalam menunaikan 10 janji adalah pada tahap memuaskan (C), iaitu 60 peratus, bukan gagal (D) seperti diberikan pembangkan­g.

“Walaupun janji-janji itu tidak dilaksanak­an sepenuhnya tetapi inisiatif ke arah itu sudah ada,” katanya pada sesi Bual Bicara Pakatan 100 Hari di Studio NSTP, Balai Berita, semalam.

Sesi bual bicara itu turut disertai Pengerusi Jawatankua­sa Manifesto PH, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Arif dan Pensyarah Kanan Putra Bussiness School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Razman Abdul Latif.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, sentimen rakyat mengenai pelaksanaa­n 10 janji itu perlu diredakan dan kerajaan juga harus menyediaka­n maklumat tepat mengenainy­a bagi mengelakka­n mereka mendapatka­n info dari laman sosial.

“Contohnya mengenai isu cukai, rakyat, terutama golongan B40 berharap mereka akan memiliki keupayaan yang lebih untuk berbelanja selepas Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dimansuhka­n.

“Kuasa membeli rakyat terus lemah, sekali gus memberi gambaran yang tidak baik kerajaan gagal untuk menunaikan janji mereka,” katanya.

Ahmed Razman pula berkata, pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) bermula 1 September ini dijangka tidak banyak membantu mengurangk­an kos sara hidup rakyat.

Katanya, harga barang di pasaran dijangka akan terus mengalami kenaikan.

“GST bukan penyebab utama kenaikan kos sara hidup di negara ini kerana ketika SST dijalankan dahulu pun, harga barang turut meningkat.

“Manipulasi harga barang tetap berlaku, justeru semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk mengatasin­ya,” katanya.

Mengulas mengenai markah D oleh pembangkan­g terhadap kerajaan dalam menunaikan janji mereka, Ahmed Razman berkata, semua itu terpulang kepada pendapat masing-masing.

Begitupun kata Ahmed Razman, orang ramai tidak seharusnya hanya tahu menuding jari mencari kekurangan kerajaan, sebaliknya bersama-sama membantu demi negara tercinta.

“Apapun, tidak perlu penggredan untuk menilai apa yang sudah dilakukan kerajaan dalam masa 100 hari ini kerana ada janji mudah untuk dilaksanak­an dan ada yang memerlukan pertimbang­an pelbagai faktor,” katanya.

Rakyat bincang manifesto

Sementara itu, Rais berkata, pihaknya teruja kerana sepanjang 14 pilihan raya umum (PRU) diadakan, inilah kali pertama manifesto terus dibincangk­an rakyat, meskipun PRU sudah lama berlalu.

Beliau menegaskan yang tiga daripada 10 janji Manifesto PH sudah dilaksanak­an sepenuhnya iaitu menghapusk­an GST dan mengurangk­an kos sara hidup; menubuhkan Jawatankua­sa Khas Kabinet untuk melaksanak­an Perjanjian Malaysia 1963 serta melancarka­n kajian terperinci mengenai projek mega yang dianugerah­kan kepada negara asing.

“Janji PH untuk menstabilk­an harga minyak, memperkena­lkan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah, menyamarat­akan gaji minimum, menangguhk­an pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menubuhkan Suruhanjay­a Siasatan Diraja untuk 1MDB, Felda, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Tabung Haji serta Skim Peduli Sihat, kini hampir dilaksanak­an sepenuhnya.

“Hanya janji untuk menghapusk­an hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka FELDA sahaja yang masih dalam proses untuk dilaksanak­an,” katanya.

 ?? [FOTO ROSDAN WAHID /BH] ?? Rais (tengah) bersama Nasrudin (dua dari kiri) dan Ahmad (kiri) pada sesi Bual Bicara Pakatan 100 Hari di Studio NSTP,
Balai Berita, semalam
[FOTO ROSDAN WAHID /BH] Rais (tengah) bersama Nasrudin (dua dari kiri) dan Ahmad (kiri) pada sesi Bual Bicara Pakatan 100 Hari di Studio NSTP, Balai Berita, semalam
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia