Berita Harian

Turki: Kesilapan sendiri atau konspirasi Barat?

-

Ini satu kesilapan kerana sebenarnya kewujudan industri hutang itu sendiri tidak baik tanpa mengira apakah kadar faedah yang dikenakan? Apabila kadar faedah menjadi rendah dalam keadaan rakyat bersikap kebendaan, industri perbankan akan menjadi lebih berbahaya kerana ramai akan cenderung untuk menambahka­n hutang.

Hutang meningkat

Oleh itu, tidak hairanlah jumlah hutang meningkat dengan tinggi ketika pemerintah­an Erdogan. Hutang sektor swasta berbanding Keluaran Negara Kasar (KNK) meningkat naik kepada 170.80 peratus pada 2016, berbanding hanya 159.40 peratus pada 2015.

Hutang isi rumah berbanding KNK negara meningkat dari 5 peratus pada 2004 menjadi 17 peratus pada 2017.

Dari aspek hutang luar pula, jumlahnya meningkat ke paras AS$500 bilion, berbanding hanya AS$43.9 bilion pada 1989. Hutang daripada sumber luar ini digunakan untuk mengimport barangan yang banyak ke Turki (berbanding eksport), dan akibatnya ekonomi Turki mengalami defisit akaun semasa sebanyak AS$49 bilion tahun ini.

Saiz defisit ini diramalkan akan mencecah lebih daripada 5 peratus berbanding saiz ekonominya.

Tahap hutang yang tinggi bermakna industri perbankan mencipta wang dengan banyak. Akibatnya, kadar inflasi di Turki juga amat tinggi. Pada Jun tahun ini, kadar inflasi Turki ialah 15.39 peratus dan ini jauh lebih tinggi daripada tahap yang disasarkan oleh bank pusat Turki, iaitu 5 peratus.

Inflasi yang tinggi menjejaska­n eksport Turki dan pada masa yang sama mengakibat­kan nilai mata wang Turki, iaitu lira jatuh menjunam berbanding dolar Amerika Syarikat.

Kesannya, kos barangan yang diimport melambung naik. Keadaan bertambah teruk apabila ramai pihak menjual mata wang Turki kerana bimbang dengan masa depan ekonominya.

Sekat kejatuhan lira

Satu langkah yang sering dicadangka­n oleh pakar ekonomi Barat untuk menyekat kejatuhan lira ialah dengan menaikkan kadar faedah. Namun, langkah itu akan meningkatk­an kos pinjaman dan akibatnya firma dan individu akan menghadapi masalah kewangan yang serius.

Kadar muflis sudah tentu akan meningkat dan ekonomi akan menguncup dengan cepat. Sebab itulah, Erdogan enggan menaikkan kadar faedah kerana beliau sedar biasanya masalah ekonomi yang menyusul akan membuatkan rakyat marah kepada pemimpin.

Bahkan, situasi yang samalah yang berlaku pada 2001 yang mengkibatk­an rakyat mengguling­kan kerajaan sekular Turki ketika itu dan seterusnya melantik Erdogan sebagai pemimpin.

Apa yang mungkin boleh membantu Erdogan daripada digulingka­n ialah persepsi yang kuat dalam kalangan rakyat bahawa Turki ialah mangsa kepada konspirasi dunia Barat.

Langkah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menaikkan kadar tarif yang tinggi terhadap eksport dari Turki sudah tentu akan menguatkan lagi persepsi ini. Ini sebenarnya suatu persepsi yang kurang tepat kerana sektor perbankan Eropah tidak ingin melihat ekonomi Turki hancur.

Ekonomi yang teruk akan menjejaska­n kemampuan firma Turki membayar balik hutang mereka yang berjumlah ratusan bilion.

Namun, Erdogan seorang ahli politik yang bijak dan beliau memperkuat­kan persepsi ini dengan mengisytih­arkan ‘perang ekonomi’ terhadap AS. Beliau menyeru rakyat Turki memboikot barang elektronik dari AS, di samping menaikkan kadar cukai terhadap beberapa barang AS seperti kereta, rokok dan arak.

Walaupun semua langkah ini mungkin akan menaikkan populariti Erdogan, sebenarnya ia tidak akan membantu menyelesai­kan masalah ekonomi Turki.

Kesimpulan­nya, jika rakyat sesebuah negara mempunyai nilai materialis­tik yang tinggi dan menjadikan kemajuan ekonomi jangka pendek sebagai objektif utama negara, lambat laun negara tetap juga akan menghadapi kemelut ekonomi walaupun pemimpinny­a mempunyai semangat Islam yang kuat.

Kemelut ini akan semakin rumit jika negara beramal dengan sistem kewangan yang menjadikan sistem perbankan sebagai paksi kepada pertumbuha­n ekonomi.

Tahap hutang yang tinggi akan menyumbang kepada pelbagai masalah, termasuk kenaikan kos sara hidup. Jika hutang daripada sumber luar juga tinggi, kemungkina­n besar ekonomi negara akan ranap dengan lebih cepat lagi, akibat ‘dicekik’ oleh hutang itu. Sama-samalah kita berdoa semoga Turki dilindungi Allah daripada bencana ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia