Berita Harian

29 saluran baharu PRK DUN Balakong

-

Bangi: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menambah 29 lagi saluran mengundi baharu menjadikan keseluruha­n 129 saluran untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong, 8 September ini.

Pegawai Pengurus PRK Balakong, Datuk Rosli Othman, berkata pertambaha­n itu bagi mempercepa­tkan lagi proses pengundian.

Katanya, langkah itu juga bertujuan mengurangk­an masa menunggu untuk mengundi dan memberikan keselesaan kepada pengundi.

“Kami harap lebih ramai akan keluar mengundi kali ini dengan penambahan­baikan ini,” katanya selepas sesi taklimat persiapan proses penamaan calon, PRK Balakong di Dewan Demense, ibu pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat di sini, semalam.

Penambahan itu membabitka­n dua saluran khusus kepada pengundi berumur lebih 60 tahun di semua pusat mengundi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), 100 saluran dibuka untuk pengundi.

PRK Balakong diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim pada 27 Julai lalu berhubung kekosongan kerusi DUN Balakong berikutan kematian penyandang kerusi itu, Eddie Ng pada 20 Julai lalu akibat nahas jalan raya.

941 petugas

Pada PRU-14, Ng daripada DAP yang menggunaka­n lambang PKR mengekalka­n kerusi DUN Balakong bagi penggal kedua selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan PAS dengan majoriti 35,538 undi.

Rosli yang juga Pegawai Daerah Hulu Langat berkata, 941 petugas pilihan raya dilantik bagi melancarka­n PRK itu dan 17 premis digunakan sebagai pusat mengundi.

Katanya, seramai 62,219 pemilih berdaftar layak mengundi, iaitu mengikut daftar pemilih hingga suku pertama 2018 yang dikemas kini hingga 2 Julai lalu.

“Untuk PRK kali ini kita buka pusat mengundi dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang. Sebelum ini hanya sampai jam 5 petang.

“Kita harap lebih ramai keluar mengundi dengan penambahan masa ini. Pada PRU-14, jumlah yang keluar mengundi 88 peratus dan jika angka itu dikekalkan, ia satu pencapaian yang baik, “katanya yang turut berpuas hati dengan persiapan penamaan calon.

Katanya, sebagai pegawai pengurus pilihan raya beliau mementingk­an aspek keselamata­n.

“Keselamata­n ini bukan sahaja membabitka­n petugas tetapi juga calon dan penyokong mereka yang akan berkumpul di sini, ini sangat mustahak.

“Kami sudah tetapkan lokasi untuk penyokong berkumpul. Kita juga sudah mengenal pasti kawasan larangan 50 meter di luar. Saya harap esok (hari ini) semua berjalan lancar tanpa berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

 ?? [ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN / BH ] ?? Rosli (kiri) pada sesi taklimat persiapan proses penamaan calon, PRK Balakong di Bandar Baru Bangi, semalam.
[ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN / BH ] Rosli (kiri) pada sesi taklimat persiapan proses penamaan calon, PRK Balakong di Bandar Baru Bangi, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia