Berita Harian

BNM sah 1MDB didenda RM15 juta

-

Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan denda RM15 juta terhadap 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) pada ‘waktu di mana bank pusat berkenaan dibenarkan untuk melakukann­ya’, kata Gabenornya, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Bagaimanap­un, Nor Shamsiah tidak menyatakan dengan jelas waktu berkenaan.

Nor Shamsiah berkata demikian bagi menjawab soalan berhubung jumlah denda dikenakan setakat ini terhadap 1MDB pada sidang media, di sini, semalam, mengumumka­n pertumbuha­n keluaran dalam negara kasar Malaysia untuk suku kedua tahun ini.

Pada 28 April, 2016, BNM mengeluark­an surat keterangan pentadbira­n kepada 1MDB kerana gagal mematuhi arahan yang dikeluarka­n di bawah Akta Perkhidmat­an Kewangan 2013. Ia adalah antara tindakan akhir yang diambil Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebelum bersara sebagai Gabenor BNM.

Nor Shamsiah mendedahka­n pada waktu berkenaan, bank pusat itu dilarang daripada menyatakan jumlah denda berkenaan.

Dapat lampu hijau

membuka semula siasatan 1MDB, BNM akan meneruskan untuk menyelaras­kan dengan pelbagai agensi di bawah pasukan petugas khas yang dibentuk bagi menyiasat syarikat berkenaan, katanya.

Pejabat Perdana Menteri (PMO), dalam satu kenyataan pada 21 Mei lalu, berkata pasukan petugas khas yang diketuai oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan tiga lagi pemimpin dibentuk untuk menyiasat 1MDB.

Pasukan petugas khas itu turut merangkumi pegawai BNM, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Peguam Negara dan polis selain peguam yang mengkhusus dalam bidang undang-undang berkaitan.

“Sebagai sebahagian daripada pasukan petugas khas itu, kami membantu pasukan berkenaan dengan berkongsi kertas siasatan kami dan apa yang kami ketahui setakat ini kepada agensi berkaitan dan pasukan petugas itu

“Kami juga membantu mereka melihat aliran wang (syarikat berkenaan),” kata Nor Shamsiah dan menambah, keutamaan BNM masih terhadap menyampaik­an mandat bagi memastikan kestabilan kewangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia