Berita Harian

‘Jadi contoh jaga kebersihan’

-

Jemaah haji Malaysia disaran menjadi contoh dalam aspek menjaga kebersihan sehingga mampu menjadi penanda aras kepada jemaah haji lain dari seluruh dunia.

Itu matlamat Program Kebersihan Perdana Masyair musim haji 1439 Hijrah yang dilancarka­n Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa di sini, Khamis lalu.

Majlis pelancaran itu diadakan di lobi Maktab 72 Hotel Land Premium di sini.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik; Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Zainol Rahim Zainuddin, dan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Mujahid berkata, program itu diharap menjadi satu lagi nilai tambah kepada imej jemaah yang dikenali berdisipli­n tinggi.

Adab, sopan santun

“Jemaah haji Malaysia terkenal dengan adab dan sopan santun.

“Kali ini kita nak tambah satu lagi nilai akhlak kepada jemaah haji Malaysia yang dapat menjadi satu penanda aras iaitu aspek kebersihan,” katanya.

Menurutnya, program itu akan berlangsun­g sepanjang tempoh Masyair yang bermula dengan wukuf di Arafah pada Isnin, diikuti bermalam di Muzdalifah dan Mina yang berakhir pada 24 Ogos depan.

“Di Arafah dan Muzdalifah aktiviti program dilakukan secara kendiri oleh jemaah atas kesedaran yang kita terapkan melalui pengurus maktab masing-masing.

“Aktiviti lebih tersusun akan kita buat sepanjang tiga hari jemaah berada di Mina iaitu pada 11 hingga 13 Zulhijjah (22 hingga 24 Ogos) pada jam 8 hingga 9 pagi setiap hari,” katanya.

Mujahid berkata, dalam tempoh sejam selama tiga hari itu semua jemaah Malaysia akan dibekalkan plastik untuk bergotong-royong mengutip sampah di kawasan khemah tempat tinggal mereka.

 ??  ??
 ??  ?? Mujahid dan Maszlee memberi penerangan mengenai kempen kebersihan kepada jemaah.
Mujahid dan Maszlee memberi penerangan mengenai kempen kebersihan kepada jemaah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia