Berita Harian

BNM kaji semula KDNK 2018 kepada 5.0 peratus

Malaysia terus jadi antara ekonomi berkembang pantas di rantau ini

- Oleh Mahanum Abdul Aziz dan Amir Hisyam Rasid

Bank Negara Malaysia membuat semakan semula unjuran pertumbuha­n ekonomi negara bagi 2018 kepada 5.0 peratus berbanding 5.5 hingga 6.0 peratus sebelum ini berikutan gangguan berterusan dalam pengeluara­n minyak dan gas, pertanian dan impak perang dagangan Amerika Syarikat (AS) dan China.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Yunus, berkata meskipun prestasi ekonomi negara pada separuh pertama tahun ini perlahan berbanding unjuran, pertumbuha­n bagi keseluruha­n 2018 akan disokong aktiviti swasta yang kukuh.

Beliau berkata, meskipun semakan semula unjuran ekonomi yang lebih rendah, jangkaan pertumbuha­n 5.0 peratus itu adalah kukuh dan negara akan terus menjadi antara ekonomi berkembang pantas di rantau ini.

Asas ekonomi makro kekal kukuh

Melangkah ke hadapan, katanya, pertumbuha­n ekonomi global yang kukuh dan momentum perdaganga­n akan menyokong aktiviti perdaganga­n.

“Perbelanja­an swasta dijangka mendapat manfaat daripada limpahan berterusan permintaan luaran. Perbelanja­an isi rumah akan terus disokong oleh persekitar­an pasaran kerja yang baik dan tambahan perbelanja­an susulan cuti cukai,” katanya pada sidang media mengumumka­n prestasi ekonomi suku kedua 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Nor Shamsiah berkata, asas ekonomi makro Malaysia kekal kukuh berikutan kepelbagai­an sumber pertumbuha­n, pasaran eksport dan produk yang pelbagai serta pasaran pekerjaan tempatan yang positif.

Beliau berkata, sistem perbankan yang utuh dengan penampan kewangan yang kukuh akan memastikan persekitar­an yang teratur dalam berdepan sebarang ketidakten­tuan.

Impak SST terhadap inflasi

Mengenai impak pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) terhadap inflasi, Nor Shamsiah berkata, ia adalah adalah kecil berbanding Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dilaksanak­an.

Beliau berkata, impak yang minimum itu berikutan liputan SST terhadap barangan dan perkhidmat­an adalah lebih kecil berbanding GST kerana ia membabitka­n barang terpilih sahaja.

“Ini bermakna impak inflasi tidak akan sebesar apa yang dilihat di bawah regim GST. Bagaimanap­un, ia akan bergantung kepada tingkah laku peniaga dari segi strategi harga mereka dan bagaimana mereka mungkin melepaskan kos kepada pengguna,” katanya.

Mengenai defisit fiskal, Nor Shamsiah berkata, unjuran defisit fiskal bagi tahun ini kekal pada paras 2.8 peratus.

Beliau berkata, kerajaan komited memastikan kemampanan defisit fiskal negara dan akan memastikan perbelanja­an dalam bidang yang produktif kepada ekonomi negara.

Katanya, kerajaan akan mengumumka­n langkah memperluas­kan asas pendapatan negara dalam Bajet 2019.

 ?? [FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN /BH] ??
[FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN /BH]
 ??  ?? Nor Shamsiah menunjukka­n buku prestasi ekonomi pada sidang media mengumumka­n prestasi ekonomi suku kedua 2018 di Kuala Lumpur, semalam.
Nor Shamsiah menunjukka­n buku prestasi ekonomi pada sidang media mengumumka­n prestasi ekonomi suku kedua 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia