Berita Harian

QSR BRANDS

Khidmat foodpanda untuk KFC, Pizza Hut

-

Pizza Hut.

Pengarah Urusan QSR Brands, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohammed Kamil, berkata syarikat menjangkak­an peningkata­n itu dapat dicapai pada suku pertama tahun depan dan dalam tempoh lima tahun, angkanya dijangka meningkat kepada 50 peratus.

Katanya, usaha sama itu juga bakal memperliha­tkan pelaksanaa­n kaedah saluran digital iaitu tempahan makanan boleh dibuat sama ada melalui laman web atau aplikasi mudah alih foodpanda.

“Perkara ini adalah sejajar dengan strategi keutamaan pelanggan QSR Brands bagi mewujudkan akses perkhidmat­an yang lebih baik, di samping memacu pertumbuha­n keuntungan.

“Justeru, kami menjangkak­an sumbangan kira-kira 15 peratus kepada perolehan untuk segmen ini menjelang suku pertama 2019.

“Inisiatif strategik ini melengkapk­an perkhidmat­an penghantar­an sedia ada dan dijangka meningkat kepada 480 restoran pada akhir 2018 dan 730 restoran menjelang 2019,” katanya pada sidang media selepas pemeteraia­n memorandum perjanjian (MOA) QSR Brands dan foodpanda di Petaling Jaya, semalam.

Majlis itu disempurna­kan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Divisyen Restoran QSR Brands, Merrill Pereyra dan Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Dass.

Tingkat perkhidmat­an dua jenama

Mohamed Azahari berkata, kerjasama dengan foodpanda juga adalah antara langkah progresif bagi memperluas­kan jaringan dengan usaha meningkatk­an perkhidmat­an dua jenama berkenaan.

Katanya, KFC dan Pizza Hut adalah jenama kegemaran rakyat negara ini dan ia memberi peluang kepada pihaknya untuk memastikan pelanggan sentiasa merasai pengalaman terbaik apabila memilih untuk menikmati hidangan dari dua restoran itu.

Sementara itu, Dass berkata, QSR Brands sebagai rakan kongsi rasmi membolehka­n syarikatny­a dapat berkembang maju dalam memenuhi kehendak dan keperluan makanan halal kepada lima juta foodpanda, menerusi perkhidmat­an 1,200 penunggang.

Perkhidmat­an foodpanda untuk KFC dan Pizza Hut akan mula dilancarka­n secara berperingk­at mulai bulan depan di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

 ??  ??
 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] ?? Mohamed Azahari (kanan) bersama Dass (kiri) dan Pereyra (tiga dari kiri) selepas pemeteraia­n memorandum perjanjian QSR Brands dan foodpanda di Petaling Jaya, semalam.
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] Mohamed Azahari (kanan) bersama Dass (kiri) dan Pereyra (tiga dari kiri) selepas pemeteraia­n memorandum perjanjian QSR Brands dan foodpanda di Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia