Berita Harian

‘Jangan sambung khidmat Walsh’

- Oleh Saiful Affendy Sapran

Kuala Lumpur: Tiada keperluan untuk menyambung kontrak Pengarah Teknikal Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC), Terry Walsh kerana pakar dari Australia itu tidak memberi sumbangan yang besar untuk hoki negara.

Sebaliknya, Malaysia mempunyai ramai tenaga tempatan yang mampu menggantik­an tempat Walsh sekali gus mungkin dapat memberi sumbangan lebih baik.

Demikian pandangan Setiausaha Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA), V Rajamanick­am yang mendakwa kehadiran Walsh sejak Ogos 2015 tidak memberikan impak yang besar kepada Malaysia.

“Saya fikir sudah tidak perlu lagi untuk menyambung kontrak Walsh sebab selama ini pun tidak banyak perubahan yang dilakukan olehnya.

“Skuad kebangsaan wanita masih kekal dengan ranking ke-22 dunia, skuad lelaki hanya naik satu tangga ke ranking 12.

“Sudah tiba masanya untuk kita memberi peluang kepada orang tempatan bagi memberi sumbangan kepada sukan hoki.

Belanja besar

“Kenapa mesti kita perlu berbelanja besar untuk menggaji pakar asing ini sedangkan wang itu boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti dalam aspek pembanguna­n,” katanya.

Jelas Rajamanick­am, meskipun jika skuad negara layak beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020, tiada kewajaran untuk menyambung kontrak Walsh lagi.

Sukan NSTP semalam melaporkan mengenai teka-teki masa depan Walsh selepas kontraknya berakhir Selasa lalu.

Ini kerana, Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) menerusi presidenny­a, Datuk Seri Subahan Kamal menyatakan kontrak Walsh dilanjutka­n sehingga Julai tahun depan sedangkan Majlis Sukan Negara (MSN), masih belum membuat sebarang keputusan.

 ??  ?? Terry Walsh
Terry Walsh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia