Berita Harian

Pondan, mak nyah perlu dibantu

Tiada diskrimina­si dapatkan kemahiran, pendidiika­n

- Oleh Malek Joseph

Golongan lelaki lembut yang memerlukan bantuan tidak akan menjadi mangsa diskrimina­si dalam usaha untuk memberi sokongan dari segi kemahiran serta pendidikan kepada mereka.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata walaupun ‘pondan’ dan ‘mak nyah’dipandang serong disebabkan penampilan agak ‘pelik’, namun hak mereka untuk dibantu berdikari tidak boleh dinafikan.

“Kalau mereka datang memohon untuk mengikuti kursus kemahiran seperti jahitan misalnya, kami akan menerima dan saya tidak kisah. Malah, pernah ada golongan itu yang begitu pandai menjahit.

Mendapatka­n pendidikan

“Saya rasa kalau dari segi isu untuk mendapat kemahiran dan pendidikan, maka sepatutnya tidak ada sebarang diskrimina­si. Semua orang ada hak untuk berdikari dan kita tidak boleh menafikan hak mereka,” katanya.

Beliau menyatakan demikian apabila diminta mengulas mengenai isu ‘pondan’ dan ‘mak nyah’selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Sehenti Kehamilan Remaja (OSTPC) Sarawak, di sini kelmarin.

Hadir sama Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis dan Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak, Rosey Yunus.

Terdahulu, Fatimah berkata, isu berkenaan bukan perkara baharu, malah sudah terlalu lama berlarutan.

“Di Sarawak ramai juga golongan itu, namun kebanyakan­nya berhijrah ke Semenanjun­g, sama ada untuk bekerja, selain di sana mereka juga mendapat sokongan daripada rakan segolongan,” katanya.

Bagaimanap­un, Fatimah enggan menyentuh mengenai isu Lesbian, Gay, Bisexual and Transgende­r (LGBT) sambil menyifatka­n ia di luar bidang kuasa kementeria­nnya.

“Disebabkan LGBT, timbul pelbagai isu termasuk dari segi penggunaan tandas. Itu biarlah pihak yang menguruska­n tandas menanganin­ya, ujar beliau.

 ?? [ FOTO MALEK JOSEPH ?? Fatimah ketika mempengeru­sikan mesyuarat OSTPC di Kuching, kelmarin.
[ FOTO MALEK JOSEPH Fatimah ketika mempengeru­sikan mesyuarat OSTPC di Kuching, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia