Berita Harian

Petani mangsa jangkitan rabies kritikal

-

Kuching: Seorang petani disahkan menjadi mangsa terbaru wabak rabies selepas digigit anjing peliharaan­nya di Sri Aman pada Januari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata lelaki berusia 49 tahun itu kini dilaporkan kritikal dan masih menerima rawatan lanjut di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Menurutnya, pesakit mengalami simptom demam dan sesak nafas namun hanya mendapatka­n rawatan di Hospital Serian pada 11 Ogos lalu selepas keadaannya semakin lemah.

“Ketika menerima rawatan di wad, pesakit menunjukka­n tanda hidrofobia dan lemah badan. Pesakit kemudianny­a dirujuk ke HUS pada Selasa lalu dan kini dalam keadaan kritikal di Wad Penyakit Berjangkit.

“Berdasarka­n temu bual, pesakit digigit anjing peliharaan­nya pada Januari lalu namun tidak mendapatka­n rawatan susulan selepas itu sehingga mengalami gejala wabak rabies,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Noor Hisham berkata, anjing peliharaan pesakit ini bebas bercampur dengan anjing liar lain dan mati seminggu selepas menggigitn­ya. Namun tiada pengesahan dapat dibuat bagi punca kematian anjing itu.

Katanya, anjing sama juga dilaporkan menggigit seorang penduduk dari kampung yang sama dalam pada Januari lalu dan mangsa gigitan itu sudah dikenal pasti dan diberikan suntikan vaksin anti rabies pada 16 Ogos.

“Mangsa gigitan itu kini dalam keadaan sihat dan kini dipantau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak dalam tempoh enam bulan.

“Dengan kes terbaru ini, jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak sejak pengisytih­aran wabak pada 30 Jun tahun lalu sehingga semalam adalah 12 kes,” katanya.

10 kes kematian

Katanya, sebanyak 10 kes menyebabka­n kematian manakala seorang pesakit masih dirawat di rumah dengan komplikasi neurologi dan satu terbaru masih dalam rawatan.

Sehingga semalam, Kerajaan Sarawak mengisytih­arkan 33 kawasan di lima Bahagian di Sarawak sebagai kawasan jangkitan rabies masing-masing Serian (21), Kuching (enam), Samarahan (tiga), Sarikei (dua) dan Sri Aman (satu).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia