Berita Harian

Jadi pengeluar jika mahu ekonomi maju: Tun M

Usahawan perlu keluar produk kualiti tinggi guna jenama sendiri

-

Malaysia perlu mengubah pendekatan daripada menjadi sebuah negara pengguna kepada pengeluar, jika mahu terus memajukan ekonominya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, itulah pendekatan yang dilakukan China sehingga menjadikan­nya sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar sekarang ini.

“Di Malaysia, kita hanya mahu menggunaka­n barangan berkualiti tetapi tidak belajar mengeluark­annya tetapi bagi China, sikap mereka adalah berbeza. Mereka bukan hanya mahu membeli barangan berkualiti, tetapi juga belajar bagaimana mengeluark­annya.

“Akhirnya, pengeluar menang dan kita sebagai pengguna hanya menghantar keluar wang ke luar negara,” katanya yang sedang dalam lawatan rasmi ke China ketika jamuan tengah hari bersama pemimpin korporat Malaysia di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Darell Leiking dan Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim.

Antara pemimpin korporat yang turut serta ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin; Presiden Dewan Perdaganga­n Malaysia-china, Tan Yew Sing; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd, Masnizam Hisham.

Dr Mahathir berkata, sikap rakyat Malaysia sedemikian terserlah apabila ramai yang tidak bersetuju dengan pelaksanaa­n projek kereta nasional ketiga.

“Rakyat Malaysia yang mahu mengguna. Ramai yang membantah cadangan projek kereta nasional ketiga sebab mereka hanya mahu membeli kereta asing.

Teknologi setanding kereta Eropah

“Tetapi China berbeza, mereka tidak mengeluark­an kereta ketika kita sudah pun mengeluark­an kereta PROTON. Kini kereta keluaran mereka setanding teknologin­ya dengan kereta Eropah,” katanya.

Perdana Menteri juga mahu rakyat dan peniaga Malaysia mengikis sikap rendah diri jika mahu terus maju.

Memberikan contoh, beliau berkata, apabila mengeluark­an produk, syarikat Malaysia gemar menggunaka­n jenama seolah-olah ia adalah dari Eropah.

Bangga identiti tempatan

“Namun ini tidak berlaku di Korea dan China. Mereka bangga menggunaka­n jenama identiti tempatan.

“Syarikat kita juga perlu berbuat demikian dengan mengeluark­an produk berkualiti tinggi menggunaka­n jenama kita sendiri dan tidak berselindu­ng di sebalik nama Eropah,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Dr Mahathir mendengar taklimat ketika menyaksika­n demonstras­i penggunaan dron di Beijing, semalam.
[FOTO BERNAMA] Dr Mahathir mendengar taklimat ketika menyaksika­n demonstras­i penggunaan dron di Beijing, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia