Berita Harian

Program khas bantu 50 warga emas, OKU wukuf

-

Makkah: Wukuf di Arafah ialah kemuncak ibadat haji dan ibadat haji tidak dikira jika seseorang itu tidak berwukuf.

Sehubungan itu, Tabung Haji (TH) menyediaka­n program Jemaah Haji Warga Emas khusus untuk jemaah kurang berkeupaya­an bagi memastikan mereka mampu wukuf di Arafah.

Pengurus Kaunseling TH, Rashidah Ahmad, berkata 50 jemaah terbabit dipilih menerusi program itu selepas melakukan tiga sesi saringan daripada 114 permohonan yang diterima.

“Ini program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) TH dilaksanak­an sejak beberapa tahun lalu, khusus buat jemaah haji yang mempunyai masalah dari segi kesihatan, psikologi dan fizikal.

“Mereka perlu dibantu dalam menguruska­n diri untuk memastikan mereka dapat menjalanka­n ibadat masyair dalam keadaan paling sempurna,” katanya kepada media Malaysia di pusat operasi TH di Hotel Abraj Al-janadriyah, di sini.

Bersyukur dibantu

Menurutnya, antara kriteria pemilihan Jemaah Haji Warga Emas ialah orang kurang upaya (OKU), berusia 70 tahun ke atas atau mengalami kelemahan dalam daya ingatan serta ilmu untuk menjalani ibadat haji.

Sementara itu, seorang jemaah cacat penglihata­n, Azizun Mat Ali, 38, dari Perlis bersyukur kerana terpilih untuk dibantu menerusi program Jemaah Haji Warga Emas.

“Lega sangat, maklumlah saya tak boleh melihat. Apabila ada orang bantu, pastilah saya berasa lebih yakin. Terima kasih kepada TH,” katanya yang menghuni Maktab 81.

Azizun datang ke Tanah Suci bersama ibunya, Maryam Che Osman, 77, yang turut terpilih mengikuti program Jemaah Haji Warga Emas.

Seorang lagi jemaah program itu, Lasai Lem, 78, dari Sarawak dipilih kerana berdepan masalah ingatan yang menyukarka­nnya mengurus diri dan beribadat.

“Saya mudah lupa. Kalau jalan jauh sikit, nak balik bilik pun saya dah tak tau. Alhamdulil­lah, saya amat berterima kasih atas bantuan TH,” katanya.

 ??  ?? Azizun dibantu petugas TH di bawah program Jemaah Haji Warga Emas bagi melancarka­n ibadat wukuf di Arafah.
Azizun dibantu petugas TH di bawah program Jemaah Haji Warga Emas bagi melancarka­n ibadat wukuf di Arafah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia