Berita Harian

MCA ketengah lima teras manifesto di Balakong

Tumpu pelbagai isu, tingkat keselesaan, keselamata­n penduduk

- Oleh Hidir Reduan dan Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my

Calon MCA, Tan Chee Teong mengetenga­hkan lima teras dalam manifesto khas sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong.

Katanya, lima teras itu menyentuh soal jalan raya, sistem perparitan, keamanan dan keselamata­n, pelupusan sampah dan pengangkut­an awam.

“Pertama, saya menggesa kerajaan untuk membina jalan raya, jejambat dan lebuh raya bertingkat untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Elak banjir kilat terus berlaku

“Kedua, saya menggesa kerajaan untuk menyelesai­kan masalah perancanga­n perparitan yang lemah dan tersumbat untuk mengelak berlaku banjir kilat.

“Ketiga, saya menggesa kerajaan mewujudkan sebuah masyarakat yang selamat dengan penubuhan pejabat polis daerah untuk memastikan keselamata­n penduduk terjamin,” katanya ketika membentang­kan manifesto di Bilik Gerakan MCA Balakong, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Ketua Pemuda, Datuk Chong Sin Woon.

Menyentuh teras keempat, Chee Teong yang juga anak jati Balakong itu menggesa kerajaan membina pusat pelupusan sampah berintegra­si untuk menyelesai­kan masalah longgokan sampah.

Bagi teras kelima pula, beliau menggesa kerajaan menambah laluan bas pintar berdasarka­n keperluan penduduk tempatan.

Jamin tak abai Balakong

“Oleh itu, jika dipilih, saya menjamin tidak akan meninggalk­an tempat ini atau mengabaika­n penduduk Balakong.

“Jika kamu (rakyat) hadapi apa-apa masalah atau ingin meluahkan suara hati anda, saya sentiasa senang dicari serta mudah dihubungi.

“Sebagai anak jati Balakong, saya tidak akan mengabaika­n tempat dan rakyat di sini kerana saya betul-betul arif dengan tempat serta penduduk tempatan sehingga sanggup mengorbank­an masa saya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia