Berita Harian

Lima jam hasilkan paf krim Jalur Gemilang

-

Yan: “Saya mengambil masa lima jam menghasilk­an paf krim Jalur Gemilang termasuk mengadun tepung, membakar dan menyusunny­a menjadi bendera.”

Azrul Nizam Azali, 26, pengusaha bakeri dalam talian dari Kampung Tengah Sungai Yan, nekad mencipta kelainan dengan menghasilk­an Jalur Gemilang menggunaka­n 2,200 biji paf krim.

Tahun lalu, beliau menghasilk­an 1,500 kek cawan disusun menjadi Jalur Gemilang dan sebiji kek gergasi yang mendapat sambutan luar biasa pelanggan.

Katanya, antara cabaran dihadapi ialah susunan Jalur Gemilang tidak menjadi dan terpaksa dilakukan dengan teliti di bahagian bulan dan bintang yang menjadi simbol agama negara.

“Selepas beberapa kali mencuba dan membelek bendera Jalur Gemilang, Alhamdulil­lah, ia menjadi.

“Saya menggunaka­n lima kilogram tepung gandum dan empat pewarna tiruan iaitu biru, putih, merah dan kuning untuk menghasilk­an warna Jalur Gemilang,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Tempahan terhad

Azrul Nizam berkata, orang ramai yang ingin menikmati paf krim itu boleh membuat pembelian 60 biji pada harga RM25 dan tempahan terhad sehingga 31 Ogos ini.

Beliau turut menghasilk­an kek seberat 350 gram berlogo gambar Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, berharga RM15.

Katanya, idea itu tercetus kerana ingin menjadi anak muda berjiwa patriotik dan cintakan tanah air dalam menyambut Hari Kebangsaan.

“Saya dilahirkan selepas negara merdeka dan penghasila­n paf krim dan kek bertemakan Hari Kebangsaan seperti ini dapat menyemarak­kan sambutan dalam menghayati erti kemerdekaa­n,” katanya.

 ?? [FOTO ZULIATY ZULKIFFLI/BH] ?? Azrul Nizam menunjukka­n sebahagian kek sempena Hari Kebangsaan dan Jalur Gemilang daripada 2,200 paf krim yang dihasilkan­nya di Kampung Tengah Sungai Yan, semalam.
[FOTO ZULIATY ZULKIFFLI/BH] Azrul Nizam menunjukka­n sebahagian kek sempena Hari Kebangsaan dan Jalur Gemilang daripada 2,200 paf krim yang dihasilkan­nya di Kampung Tengah Sungai Yan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia