Berita Harian

Inisiatif pelajar TVET raih sijil kompetensi diperkenal

-

Kuala Lumpur: Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) memperkena­lkan inisiatif khusus untuk pekerja yang menceburi bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET)

Inisiatif dikenali sebagai program Pegawai Keselamata­n dan Kesihatan untuk Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau ‘SHO for IPT’ itu memberi kelebihan kepada pelajar TVET untuk turut memperoleh sijil profesiona­l kompetensi ketika pengajian IPT.

Pengerusi NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata program itu mampu menjimatka­n masa pelajar TVET kerana berpeluang memperoleh sijil kompetensi keselamata­n dan kesihatan ketika belajar di IPT.

“Program ‘SHO for IPT’ akan dikendalik­an 100 peratus Pengerusi NIOSH oleh NIOSH di premis IPT bagi meminimumk­an kos serta mengekalka­n mutu kursus latihan.

“NIOSH turut menganjurk­an bengkel penyediaan peperiksaa­n dan empat kertas peperiksaa­n lengkap bagi program itu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Lam Thye berkata, inisiatif terbaru ini membantu meningkatk­an jumlah pekerja mahir dalam aspek keselamata­n dan kesihatan pekerjaan (KKP) untuk bertugas di tempat kerja.

Manfaat majikan

Beliau berkata, program pada peringkat IPT ini juga bakal memberi faedah kepada majikan kerana pekerja muda turut mempunyai pengetahua­n dan sijil KKP.

“Ia sebahagian usaha NIOSH memperkasa­kan pelajar yang bakal menjadi pekerja pada masa hadapan, di samping membantu mengurangk­an kemalangan di tempat kerja,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia