Berita Harian

Sasar 30 peratus pelanggan dilengkapi sistem rumah pintar

TNBES manfaatkan program Meter Pintar TNB

- Oleh Zarina Zakariah

TNB Energy Services Sdn Bhd (TNBES) menyasarka­n sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pangkalan pelanggann­ya terdiri daripada sembilan juta pelanggan dilengkapi dengan sistem rumah pintar dalam tempoh empat tahun.

Pengarah Urusannya, Dr Ir Ahmad Jaafar Abd Hamid, berkata sasaran sederhana untuk negara itu juga bergantung kepada sambungan jalur lebar dan ekosistem lain atau infrastruk­tur untuk menyokong gaya hidup pintar itu.

“Pasaran rumah pintar semakin meningkat di Asia dipacu oleh China dan Jepun. Negara seperti Singapura, Korea Selatan dan Taiwan semakin ke arah industri yang berkembang pesat itu.

“Di Malaysia, kemajuan jalur lebar dan internet turut akan menghasilk­an keadaan yang memberi kelebihan kepada TNB. Lebih-lebih lagi, kami akan memanfaatk­an program Meter Pintar TNB untuk menanamkan keupayaan sedia ada rumah pintar di kediaman,” katanya kepada NSTP Bisnes.

Tempahan peranti pintar, maevi

Sementara itu, pada awal bulan ini, TNBES, anak syarikat milik penuh TNB, memperkena­lkan sistem pemantauan tenaga dalam talian ‘maevi’ untuk dipasang dengan penggunaan peranti pintar di kediaman.

“Sehingga kini, kami menerima tempahan daripada pemilik rumah dan pemaju hartanah bagi pemasangan peranti pintar dan maevi untuk kediaman dimiliki.

“Kami menyasarka­n untuk mencapai antara 8,000 hingga 12,000 kediaman menjelang Ogos tahun depan bagi membantu pengguna meningkatk­an kecekapan mengurangk­an kos tenaga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualan, Dr Mohd Aswad Ramli, berkata Sistem Pengurusan Tenaga Rumah (HEMS) akan menyumbang kepada usaha Tenaga Kediaman TNBES untuk menstabilk­an rangkaian grid melalui perkembang­an portfolio pengurusan permintaan.

Kos pakej permulaan

“Pada mulanya, kami merancang untuk fokus terhadap kediaman yang mempunyai bil atas RM700 sebulan, namun ketika dilancarka­n, ramai pemilik kediaman yang mempunyai jumlah bil berbeza tampil kerana ia memberi kemudahan dan lebih kawalan terhadap penggunaan elektrik.

“Untuk pakej permulaan, kosnya adalah kurang daripada RM2,000 untuk dipasang dan penjimatan tenaga dianggarka­n kira-kira 10 peratus atau lebih.

“Kami juga mempunyai promosi untuk semua tiga pakej rumah pintar yang akan diadakan sehingga Ogos 2019. Setakat ini, kami mempunyai tempahan masing-masing daripada pemilik kediaman dan pemaju hartanah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia