Berita Harian

LG Electronic­s yakin SST tak jejas kuasa beli

-

LG Electronic­s (M) Sdn Bhd (LG Electronic­s) optimis pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) bulan depan tidak akan menyebabka­n kenaikan mendadak harga rangkaian produk hiburan dan peralatan rumah keluaranny­a.

Pengarah Urusannya, Kim Kyutae, berkata pelaksanaa­n sistem cukai baharu itu sebaliknya dilihat merangsang perbelanja­an dan kuasa beli pengguna.

“Kami masih menunggu maklumat dan pengumuman kerajaan (mengenai SST)... tetapi kita tidak melihat akan berlaku kenaikan harga dan jika ada sekali pun ia mungkin minimum dan tidak jejaskan kuasa beli pengguna.

“Malah, kami yakin pengenalan semula SST akan merangsang trend perbelanja­an pengguna bagi produk elektrik dan elektronik seperti televisyen, peti sejuk dan mesin basuh,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kedai perkongsia­n LG Electronic­s dan Emart di Jalan Penjara, Kuantan, baru-baru ini.

Peningkata­n jualan

Kyutae berkata, syarikat juga merekodkan peningkata­n jualan selepas pelaksanaa­n sifar peratus Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) sejak 1 Jun lalu, sekali gus menyaksika­n penurunan harga produk keluaranny­a seperti peti sejuk, mesin basuh dan televisyen pintar.

Katanya, ia berikutan pengguna mengambil kesempatan daripada sifar cukai untuk menukar perkakasan elektrik rumah masing-masing, sekali gus membantu syarikat itu mencatatka­n peningkata­n jualan berbanding suku pertama tahun ini.

Selain itu, beliau berkata, LG Electronic­s merancang memiliki 30 kedai perkongsia­n jenama LG di seluruh negara menjelang akhir tahun ini daripada 27 cawangan sekarang ini, termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Antara cadangan kami ialah untuk membuka kedai berkonsepk­an perkongsia­n seperti ini di bandar utama di Pantai Timur, termasuk Kota Bharu dan Kuala Terengganu kerana kami dapati ada potensi besar di sana untuk mengukuhka­n lagi jenama LG,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia