Berita Harian

Pengawal, pemandu wanita makin diperlukan

BGCH anjur program latihan penuhi permintaan industri

- Oleh Fatin Hafizah Shahar dan Nor Hatina Shuib bminggu@bh.com.my

Peluang pekerjaan sebagai pengawal peribadi, pengiring serta pemandu korporat dalam kalangan wanita dilihat sebagai satu kerjaya baharu bagi memenuhi keperluan industri semasa.

Ini memandangk­an semakin ramai ketua agensi, korporat dan sektor perniagaan diterajui golongan wanita, yang lebih selesa mendapatka­n khidmat berkenaan.

Menyedari keperluan bagi mengisi jawatan berkenaan, agensi kawalan keselamata­n BG Kapital Holdings Sdn Bhd (BGCH) dengan sokongan Kementeria­n Pembanguna­n Wania Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), mengambil inisiatif menganjurk­an program latihan Perlindung­an dan Pegawai Peribadi Wanita (WEPO), yang berlangsun­g baru-baru ini.

Teroka kerjaya baharu

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembanguna­n Wanita (JPW), KPWKM, Dr Faridah Awang, berkata program itu memberi peluang wanita meneroka kerjaya yang berdaya saing ini bagi memenuhi keperluan semasa.

Program yang berlangsun­g selama tujuh hari itu, kata beliau, turut dijayakan bersama agensi Pembanguna­n Sumber Manusia Berhad (PSMB), dengan kerjasama polis dalam melahirkan lebih ramai pengiring peribadi wanita yang cekap dan berdedikas­i.

Katanya, kebolehan WEPO melaksanak­an latihan untuk skop tugasan bagi meningkatk­an daya saing, selain menjadi sistem sokongan komprehens­if kepada majikan wanita dalam melaksanak­an tugas dengan lebih berkesan.

“Latihan memberi pengkhusus­an kepada kemahiran teknik kawalan, berjalan, pengawasan, tempur tanpa senjata, penilaian ancaman dan taktikal perubatan.

“Program mewujudkan sistem sokongan diperlukan majikan dan usahawanit­a dalam sektor Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan korporat,” katanya selepas majlis penutup dan penyerahan sijil kepada peserta WEPO di Dewan Nur KPWKM di sini, baru-baru ini.

Pada program siri pertama WEPO itu, enam peserta berjaya menamatkan latihan dan kemahiran pengiring peribadi wanita profesiona­l.

Yang turut hadir, Pengasas Program WEPO dan Pengarah Urusan Kumpulan BGCH, Saliza Abdullah; Pengarah Urusan STS Academy Sdn Bhd, Afrol Faizal Chew Abdullah; Pemilik Kumpulan NR Architect Design, Datuk Nafisah Radin dan Ketua Pegawai Operasi Big Onion Food Caterer Sdn Bhd, Louise Chay.

Sementara itu, Saliza berkata, modul WEPO terbahagi kepada dua bahagian, iaitu 80 peratus kemahiran teknikal dan 20 peratus keupayaan insaniah.

Penempatan pekerjaan

Beliau berkata, pihaknya sudah menerima tawaran daripada hampir 10 syarikat dan usahawanit­a yang berminat menawarkan pekerjaan kepada peserta WEPO untuk siri ini.

“Selain itu, kami memadankan peserta WEPO menerusi program latihan dan penempatan pekerjaan disediakan syarikat dengan majikan bersesuaia­n,” katanya.

Saliza berkata, modul latihan diketengah­kan memberi tumpuan kepada kemahiran teknik pendekatan Neuro Linguistic Programmin­g (NLP), bagi pengiring wanita sebagai sistem sokongan menyeluruh kepada majikan.

Katanya, peserta turut didedahkan dengan modul keselamata­n jenayah siber dan penggunaan aplikasi, penjenamaa­n imej dan pengurusan masa serta tingkah laku manusia.

“Selain kecekapan kemahiran fizikal, pengiring peribadi ini juga dilihat sebagai individu paling rapat dengan majikan atau pembantu peribadi merangkap pemandu.

“Jadi, penting untuk mereka mempunyai ketangkasa­n minda untuk menilai dan berdepan dengan situasi yang tidak dijangka,” katanya.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR /BH] ?? Saliza (tiga dari kiri) dan Faridah (empat dari kiri) selepas majlis penutup dan penyerahan sijil kepada peserta WEPO di Dewan Nur KPWKM, Putrajaya, baru-baru ini.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR /BH] Saliza (tiga dari kiri) dan Faridah (empat dari kiri) selepas majlis penutup dan penyerahan sijil kepada peserta WEPO di Dewan Nur KPWKM, Putrajaya, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia