Berita Harian

Program Lambaian Kasih fokus pendidikan, kesihatan

-

Kuala Lumpur: Sukarelawa­n terdiri daripada 12 pelajar Sarjana Pengurusan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), The Right Hand menjayakan program kebajikan, motivasi dan penjagaan kesihatan kepada penduduk Long Bedian di Baram, Sarawak, baru-baru ini.

Pengurus projeknya, Adham Anuar, berkata program dengan kerjasama dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Islamic Dental Associatio­n of Malaysia (IDAM) dan Islamic Medical Associatio­n of Malaysia (IMARET) selama tiga hari, memilih murid dan pelajar di Sekolah Model Khas K9, Long Bedian.

Beliau berkata, program bertemakan Lambaian Kasih Long Bedian turut dijayakan bersama 20 sukarelawa­n perubatan, termasuk doktor perubatan, doktor gigi, ahli farmasi, jururawat serta pembantu perubatan dengan dihadiri 133 penduduk setempat.

Interaksi dengan pelajar

“Antara pengisian program, termasuk sesi ceramah dan interaksi dengan pelajar, bertujuan memberi kefahaman kepentinga­n pendidikan untuk kehidupan lebih sempurna,” katanya.

Menurut seorang sukarelawa­n IDAM, Dr Hanif Suffian, berkata pihaknya memberi penekanan kepada kesihatan gigi yang menjadi faktor utama menjamin hidup yang lebih sihat.

Sebagai usaha awal, beliau berkata, pihaknya menganjurk­an program ceramah penjagaan gigi, serta kesedaran pentingnya mencegah kerosakan pada peringkat awal usia.

Sukarelawa­n turut menyediaka­n aktiviti menarik seperti demonstras­i dan latihan menggosok gigi dengan betul, selain ceramah interaktif bagi menarik lebih ramai murid mengambil bahagian.

 ??  ?? Pelajar Sekolah Model Khas K9, Long Bedian, bersama sukarelawa­n ketika program Lambaian Kasih Long Bedian di Baram, baru-baru ini.
Pelajar Sekolah Model Khas K9, Long Bedian, bersama sukarelawa­n ketika program Lambaian Kasih Long Bedian di Baram, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia