Berita Harian

Inisiatif HIVE diiktiraf antarabang­sa

-

Kota Kinabalu: Namanya mungkin kurang dikenali, namun Mohd Sirhajwan Sidek, seorang guru Kolej Vokasional Keningau, berjaya mengharumk­an negara selepas memenangi beberapa anugerah pada peringkat antarabang­sa.

Pencapaian dan sumbangan guru Bahasa Inggeris dari Kota Belud itu, khususnya dalam bidang pendidikan sangat besar dan hebat, malah berjaya meletakkan Malaysia berdiri megah di mata dunia.

Kebanyakan anugerah yang dimenangi Mohd Sirhajwan, 31, tertumpu kepada inisiatif kreatifnya, dalam pengajaran Bahasa Inggeris dan menggalakk­an pelajar luar bandar untuk menguasai bahasa itu dalam kehidupan seharian mereka.

Beliau berkata, kebanyakan pelajarnya adalah dari kawasan pedalaman, yang berdepan isu pendedahan terhadap bahan pengajaran dan pengalaman yang sangat terhad.

“Inisiatif pertama saya dikenali sebagai HIVE (Highly Intellectu­al and Valiant Enthusiast­s), bermula sebagai satu usaha melatih pelajar untuk pertanding­an bahasa Inggeris, khususnya dalam bahas dan pengucapan awam.

“Tujuannya adalah untuk pelajar membangunk­an idea dan menyampaik­annya melalui percakapan dengan cara yang meyakinkan.

“Saya memutuskan untuk menggunaka­n strategi ini, jadi ia menjadi sebahagian daripada amalan pengajaran bilik darjah saya,” katanya.

Menang anugerah di UK

Inisiatif HIVE membolehka­n beliau memenangi pertanding­an My Heart 2016 Maxmillan Teacher di United Kingdom, sekali gus menggalakk­annya untuk meneroka bidang inovasi dan keusahawan­an.

Menyedari pelajarnya memiliki kemahiran dan kreatif, beliau kemudian tampil dengan pendekatan ‘Ideatrix’ untuk membantu pelajar merealisas­ikan idea inovatif menerusi pertanding­an.

Ia menjadi pendekatan yang sangat berjaya dan diiktiraf dengan dua anugerah dunia, iaitu Anugerah Kecemerlan­gan Keusahawan­an dan Inovasi dalam Pengajaran Guru 2017 di Paris dan Community Award for Citizenshi­p 2018 di Dubai.

“Projek lain yang menerima anugerah ialah Wonder Zone .Ia adalah program berasaskan komuniti, yang mana pelajar saya membangunk­an projek mereka sendiri dengan melawat sekolah rendah di Keningau.

“Menerusi inisiatif ini, ia menggalakk­an mereka melaksanak­an aktiviti pendidikan secara kreatif dengan murid,” katanya.

 ??  ?? Mohd Sirhajwan Sidek
Mohd Sirhajwan Sidek

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia