Berita Harian

RM16 bilion gagal dibayar

Baki kredit belum dibayar balik LHDN babit 1,653,786 kes syarikat, individu, persatuan dan yayasan

- Oleh Asmah Rusman

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dedahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu tidak kembalikan cukai pendapatan dan cukai keuntungan hartanah yang terlebih bayar berjumlah RM16.046 bilion sehingga 31 Mei lalu babitkan 1,653,786 kes syarikat, individu, persatuan dan yayasan Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata persoalan mengenai bayaran balik cukai pendapatan perlu ditujukan kepada bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahka­n kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mengembali­kan cukai pendapatan dan cukai keuntungan hartanah yang terlebih bayar sebanyak RM16.046 bilion sehingga 31 Mei lalu.

Guan Eng berkata, baki kredit belum dibayar balik oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM16.046 bilion itu, membabitka­n 1,653,786 kes syarikat, individu, persatuan dan yayasan.

Beliau berkata, statistik amaun baki kredit belum dibayar balik bagi syarikat sehingga 31 Mei adalah sebanyak RM12.417 bilion manakala bagi individu, persatuan dan yayasan berjumlah RM3.629 bilion.

“Baki tunggakan yang sebegini besar disebabkan kekurangan penyaluran pindahan hasil cukai langsung yang dikutip ke dalam akaun amanah Tabung Bayaran Balik Cukai (TBBC).

“Bayaran balik cukai hanya boleh dilakukan berdasarka­n jumlah baki tabung berkenaan. Baki sedia ada dalam TBBC pada 31 Mei hanya RM1.486 bilion berdasarka­n rekod Jabatan Akauntan Negara yang mana amaun ini jauh lebih rendah daripada keperluan jumlah bayaran balik kredit cukai sebanyak RM16.046 bilion yang sepatutnya dibayar.

“Dengan kata lain, masih wujud kekurangan RM14.56 bilion setakat 31 Mei yang menyebabka­n 1,653,786 pembayar cukai tidak mendapat bayaran balik cukai mereka sejak lebih enam tahun dahulu,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Guan Eng berkata, statistik itu jelas menunjukka­n RM14.56 bilion yang tidak dipindahka­n daripada Kumpulan Wang Disatukan kepada TBBC dianggap atau diiktiraf sebagai hasil kerajaan lama.

Laporan tak tepat

Katanya, ini bermakna hasil Kerajaan Persekutua­n yang dilaporkan oleh kerajaan lama sebelum ini adalah tidak tepat dan terlebih lapor.

“Tunggakan besar bayaran balik baki kredit sehingga melebihi enam tahun ini berlaku kerana Jawatankua­sa Pengurusan Wang Tunai Kementeria­n Kewangan yang bermesyuar­at secara bulanan

Lim Guan Eng, Menteri Kewangan

dan dipengerus­ikan bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar tidak memindahka­n peruntukan yang mencukupi kepada TBBC seperti dimohon LHDN.

“Seperti penjelasan saya sebelum ini, apa yang dilakukan kerajaan lama adalah pemalsuan akaun dan penyelewen­gan tunggakan bayaran balik baki kredit untuk kegunaan lain atau untuk menutup defisit mereka supaya dapat menunjukka­n keadaan lebihan,” katanya.

Guan Eng berkata, bagi meringanka­n bebanan pembayar cukai, kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersetuju membenarka­n pembayar cukai yang mempunyai kredit cukai perlu dibayar balik oleh LHDN membuat permohonan set-off jika mereka mempunyai tanggungan cukai perlu dibayar pada tahun semasa.

Katanya, permohonan set-off itu perlu dikemukaka­n kepada LHDN untuk disemak dan dipertimba­ngkan kelulusann­ya.

“Selain itu, bayaran wang akan dibuat mengikut kemampuan kedudukan kewangan kerajaan. Kami berharap kes kegagalan bayaran balik cukai langsung sebanyak RM16.046 bilion ini adalah pembongkar­an mega yang terakhir berkaitan skandal penyelewen­gan dan penyalahgu­naan kewangan kerajaan BN.

Atasi skandal

“Kerajaan PH yang berpanduka­n prinsip Cekap, Akauntabil­iti dan Telus (CAT), akan berusaha mengatasi masalah dan skandal seperti ini, termasuk memulangka­n tunggakan bayaran balik cukai yang begitu besar.

“Selepas ini, kita akan memberikan tumpuan kepada pembentuka­n polisi ekonomi yang membolehka­n Malaysia memacu ke hadapan dengan merancang pertumbuha­n ekonomi mapan, menambah baik kedudukan fiskal negara dan menjamin kesejahter­aan rakyat demi masa depan anak kita,” katanya.

Pada 9 Ogos lalu, dalam ucapan Guan Eng di Dewan Rakyat bagi Bacaan Kedua untuk pembentang­an Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmat­an (Pemansuhan) 2018, beliau mendedahka­n masalah tunggakan bayaran balik cukai input GST sebanyak RM19.397 bilion setakat 31 Mei, disebabkan kegagalan kerajaan BN memindahka­n wang mencukupi untuk Tabung Bayaran Balik GST.

Dengan kata lain, masih wujud kekurangan RM14.56 bilion setakat 31 Mei yang menyebabka­n 1,653,786 pembayar cukai tidak mendapat bayaran balik cukai mereka sejak lebih enam tahun dahulu”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia