Berita Harian

POLIS BERI MASA MUSA AMAN PULIH SEBELUM AMBIL KENYATAAN

Pengesahan kesihatan untuk tujuan siasatan mesti dibuat hospital kerajaan

- Oleh Veena Babulal dan Avila Geraldine

Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, perlu melalui prosedur operasi standard (SOP) polis ketika menerima rawatan di ibu negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman, berkata SOP polis itu menghendak­i Musa mendapatka­n pengesahan mengenai keadaan kesihatann­ya di hospital kerajaan.

Katanya, bagi tujuan siasatan, pengesahan itu perlu daripada pegawai perubatan kerajaan.

Beliau juga berkata polis turut mempunyai SOP berkaitan penyiasata­n terhadap Musa, termasuk hal berkaitan penahanan reman.

“Tiada sesiapa yang mengatasi undang-undang dan saya yakin polis akan menyelesai­kan kertas siasatan dalam masa terdekat,” katanya dipetik sebuah portal berita tempatan.

Beri ruang

Sementara itu, Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Ramli Din, pula dipetik berkata polis akan memberi ruang kepada Musa sehingga sebelum mengambil kenyataann­ya berhubung siasatan kes mengugut Yang di-pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Katanya, polis belum menemui Musa selepas bekas Ketua Menteri itu pulang ke Malaysia kelmarin, berhubung siasatan itu.

“Polis tidak mahu mengganggu beliau dalam keadaan sekarang. Ini bukan layanan khas, polis memberi masa untuk beliau pulih atas dasar kemanusiaa­n sebelum menemuinya,” katanya dipetik portal berkenaan.

Di Kuala Lumpur, Musa yang sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, seakan nekad ‘mengunci mulut’ mengenai pelbagai perkara yang menyelubun­gi dirinya daripada ‘kaca mata’ umum.

Isyarat itu jelas terpancar bersandark­an bilangan pasukan keselamata­n ditugaskan di pekarangan pusat perubatan itu bagi mengelak ‘cerita’ atau butiran mengenai pemimpin berusia 67 tahun berkenaan dihidu ‘orang luar’.

Kunjungan Wartawan NSTP di kamarnya yang terletak di bahagian VVIP, mendapati jururawat yang ditugaskan merawat pemimpin itu sentiasa ‘berwaspada’ dengan perkembang­an sekeliling, termasuk identiti pelawat keluar masuk.

Seorang jururawat turut mendakwa bilik VVIP itu sebenarnya tidak berpenghun­i tatkala dua wartawan cuba masuk menggunaka­n ‘tiket’ orang bawahan Musa.

Tinjauan mendapati kamar yang menempatka­n Musa kelihatan gelap, namun kelibat seorang lelaki, dipercayai petugas keselamata­nnya sentiasa berlegar di muka pintu bilik berkenaan.

Enggan perkenal diri

Pelawat yang bertali arus memasuki pekarangan pusat perubatan itu dan memenuhi ruangan lobi juga seakan bertindak ‘mengunci mulut’ setiap kali disapa wartawan.

Mereka enggan memperkena­lkan diri, sama ada ahli keluarga atau pembantu Musa, selain menolak untuk ditemu bual apabila diajukan soalan berhubung tahap kesihatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu.

Bagaimanap­un, hampir 20 pelawat yang bertutur menggunaka­n dialek Sabah dilihat sentiasa memenuhi ruangan lobi hospital, termasuk peguam ternama, Amer Hamzah Arshad.

Amer ketika dihubungi pada mulanya enggan mengulas lanjut sama ada kehadirann­ya sekadar menziarah atau mewakili Musa yang terpalit dengan tindakan tuduhan ugutan jenayah.

Bagaimanap­un, menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas, Amer menjelaska­n kehadirann­ya di pusat perubatan itu sekadar seorang rakan.

Musa sebelum ini dikehendak­i polis berikutan laporan tuduhan ugutan jenayah membabitka­n Yang di-pertua Negeri susulan kemelut pelantikan Ketua Menteri Sabah yang menyaksika­n perebutan ‘takhta’ kerajaan negeri antara blok Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan Sabah pasca keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia