Berita Harian

TRIO BOLING SUMBANG EMAS PERTAMA MALAYSIA

Sapu pingat emas selepas kumpul 4,326 jatuhan pin

- Oleh Fabian Peter

Sukan Ms.79

Trio boling wanita negara, Esther Cheah, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Syaidatul Afifah Badrul Hamidi cemerlang menamatkan penantian pingat emas kontinjen Malaysia di Sukan Asia Jakarta-palembang 2018, semalam.

Pada aksi di Pusat Boling Jakabaring, Palembang itu, Trio itu menamatkan kemarau emas 12 tahun dalam acara itu, selepas mencatatka­n 4,326 jatuhan pin.

Pingat perak diraih Taiwan dengan 4,255 jatuhan pin manakala Singapura berpuas hati memperoleh gangsa dengan 4,250 jatuhan pin.

Sistem markah baru

Trio kedua Malaysia yang diketuai Shalin Zulkifli, Natasha Roslan dan Sin Li Jane begitupun hanya mampu menamatkan cabaran di kedudukan keempat selepas mengumpul 4,144 jatuhan pin.

“Kami benar-benar gembira memenangi emas ini kerana kami sudah berusaha dengan amat keras. Dengan sistem pemarkahan baharu, kami agak gemuruh tetapi kami mempercaya­i satu sama lain dan berada dalam landasan yang baik.

“Kali terakhir pasukan wanita memenangi emas di Sukan Asia adalah pada edisi 2006 di Doha, jadi kami menunggu amat lama untuk kejayaan ini,” kata Siti Safiyah.

Kali terakhir skuad negara memenangi emas di Sukan Asia adalah pada edisi 2010 di Guangzhou, China.

Empat tahun lalu di Incheon, Korea Selatan skuad negara hanya membawa pulang empat perak.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia