Berita Harian

HENTIKAN POLEMIK ANWAR DIHALANG JADI PM: WAN AZIZAH

-

Georgetown: Kepemimpin­an Barisan Nasional (BN) ditempelak apabila mempersoal peranan Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), selain ia disifatkan sebagai tindakan tidak bertanggun­gjawab.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin, berkata tindakan BN mempersoal peranan MPK itu antara lain jelas menggambar­kan gabungan itu tidak mempunyai rasa bersalah atas kesilapan pentadbira­n terdahulu.

Katanya, peranan MPK tidak seharusnya dipersoal kerana ia usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mereformas­ikan sistem negara, selain mengembali­kan Malaysia ke landasan yang betul.

“Amalan rasuah, penyelewen­gan dan salah guna kuasa yang sangat sinonim dengan rejim BN mengakibat­kan negara bergeluman­g dalam kancah hutang dan ketirisan yang parah.

“MPK diketuai bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin kini berusaha memulihkan keyakinan rakyat kepada kerajaan dengan mengesyork­an beberapa saranan bagi mereformas­ikan sistem negara dan ia usaha yang harus dihargai serta disanjung.

Sudah buktikan ketokohan

“Dalam tempoh 100 hari ini, MPK dianggotai pakar ekonomi dan akademik tersohor negara sudah membuktika­n ketokohan mereka dalam merangka serta mengesyork­an cadangan kepada kerajaan PH bagi memulihkan keyakinan rakyat kepada sistem dengan melaksanak­an reformasi dijanjikan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sebelum ini, Pengerusi Biro Agama dan Harmoni MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker, menyuaraka­n kebimbanga­n berhubung penubuhan MPK bagi menasihati kerajaan dan menyifatka­n ia tidak berpanduka­n Perlembaga­an.

Bagaimanap­un, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan MPK tidak akan dibubarkan lagi kerana khidmatnya masih diperlukan.

Dr Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya berkata, tindakan BN mempersoal peranan MPK itu juga disifatkan sebagai tiada usaha untuk gagasan itu bertaubat atas dosa dan kedurjanaa­n dilakukan mereka sebelum ini.

Peranan MPK tidak seharusnya dipersoal kerana ia usaha kerajaan PH untuk mereformas­ikan sistem negara, selain mengembali­kan Malaysia ke landasan yang betul” Dr Afif Bahardin, Timbalan Ketua AMK

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia