Berita Harian

Seri Paduka solat sunat Aidiladha di Pasir Pekan

-

Kota Bharu: Yang di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-ismaili, Pasir Pekan, di sini, pagi semalam.

Keberangka­tan tiba baginda pada jam 8.35 pagi diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Yang turut hadir, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hassanudin Hassan.

Solat Aidiladha diimamkan oleh Imam Tua Masjid Al-ismaili, Baharuddin Abdullah, yang dihadiri lebih 2,000 jemaah.

Selesai solat, khutbah bertajuk ‘Aidiladha Simbol Ketakwaan’ disampaika­n Imam Muda masjid itu, Mohamad Hafizuddin Ibrahim yang memberi penekanan tiada agama lain lebih tinggi darjatnya melainkan Islam.

Justeru, katanya, umat Islam perlu bersyukur dan berbangga menjadi umat Islam yang beriman di sisi Allah.

Katanya, Islam agama yang benar, betul dan sah bahkan Allah memberi amaran sesiapa sahaja mencari agama selain Islam, mereka tidak akan diterima di akhirat nanti, selain tergolong sebagai insan yang rugi.

“Hari ini (semalam) umat Islam menyambut Aidiladha dan mereka yang mampu akan mengerjaka­n ibadat korban sebagai simbolik seorang mukmin perlu berkorban masa dan tenaga demi kepentinga­n Islam.

Kehebatan Rasulullah

“Sejarah memaparkan betapa hebat Rasulullah mempertaha­nkan Islam dan umatnya walaupun kafir Quraisy menawarkan kedudukan serta harta kekayaan kepada Rasulullah.

“Namun, Rasulullah terus istiqamah dengan pujukan dan dibalas dengan penegasan bahawa Baginda tidak akan berundur dengan desakan itu,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Muhammadi, di sini, pada 8.25 pagi diiringi Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Rizam Tengku Aziz.

 ?? [FOTO SYAMSI SUHAIMI /BH] ?? Sultan Muhammad V diiringi Ahmad menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-ismaili, Pasir Pekan, Kota Bharu, semalam.
[FOTO SYAMSI SUHAIMI /BH] Sultan Muhammad V diiringi Ahmad menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-ismaili, Pasir Pekan, Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia